Semak status IPU


Assalamualaikum wbt

Memang jerebu ni makin teruk la. Di utara pun dah makin berjerebu. Pagi tadi di BKE highway kelabu jer sepanjang jalan.  Biasanya boleh nampak Bukit Mertajam dalam perjalanan ke tempat kerja...tapi 2,3 hari ni langsung tidak kelihatan. Yang nampak hanyalah putih macam diselubungi awan. 

Nasihat semasa jerebu :

  1. Semua pihak dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.
  2. Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.
  3. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  4. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  5. Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  6. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  7. Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  8. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  9. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
  10. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  11. Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
  12. Orang ramai juga diminta untuk menyalakan lampu kenderaan semasa memandu apabila keadaan berjerebu dan jarak penglihatan berkurangan.
        *petikan dari artikel dalam http://apims.doe.gov.my/

Semakan Index IPU melalui handphone

Kebanyakan daripada kita mempunyai smartphone kan?
Sekarang ni korang boleh semak sendiri melalui smartphone korang. 

semak index IPU melalui smartphone
(gambar google)

Yang ni app yang ada kat hp aku. Tapi gambar ni aku google jer. Korang boleh muat turun applikasi My Air Index . Bila ada benda ni mudah kita pantau IPU tempat masing-masing. Sekurang-kurangnya kita lebih berhati-hati terutama mereka yang ada kanak-kanak kecil dan kumpulan berisiko tinggal bersama.

Memag rasa lemas lah bergerak dalam keadaan berjerebu ni....bilalah agaknya keadaan ini akan berakhir? 


5 Comments

  1. satu masalah org dah biasa bakar-bakar sampah terbuka ni, tabiat yg tak ada kesedaran dari dulu lg..susah la nak tegur lagi2 yg buat tu org dah lama idup..hemm

    ReplyDelete
  2. Blogwalking ke sini =) Giveaway sedang dijalankan. http://misssakuradiary.blogspot.my/2015/10/muharram-birthday-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. dorg kata bulan MAC tahun depan.

    ReplyDelete