Peperiksaan PT3 Bermula Hari ini
Assalamualaikum wbt
Bermulanya peperiksaan bertulis PT3 hari ini. Moga semua calon-calon yang telah berusaha, dapat menjawap dengan tenang. Abang irfan salah seorang calon tahun ni. Semalam sempat berjumpa dengan dia. Memberi pesan-pesan terakhir sebagai bekalan masuk dewan peperiksaan.
Gambar kiriman guru-guru sekolah dalam group wasap. Dapat tengok dari jauh pun alhamdulillah. Memang kami tidak akan berada di sekolah sewaktu anak-anak menghadapi peperiksaan penting. Tak tahu apa yang bergolak dalam diri mereka, kadang-kadang kehadiran ibubapa akan menambahkan gusar di hati. So, doa kami dari jauh sahaja. Bila tengok gambar ni nampak dia tenang ajer ....
Ketika ini, hari pertama dah pun berlalu..tinggal 2 hari lagi...sekejap jer. Moga dipermudahkan urusan anak-anak semua.
2 Comments
semoga cemerlang irfan dan semua anak-anak calon PT3, in shaa Allah, amin.
ReplyDeletesemoga berjaya
ReplyDelete