Pendidikan pra sekolah

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi terbaca satu post kawan-kawan fb tentang perlunya anak-anak tahu membaca dan menulis sebelum memasuki darjah 1. Kalau dah pentingnya keperluan ni, tentulah kena ada persediaan memasuki kelas-kelas pra sekolah.  Ini adalah untuk mengelakkan anak-anak ketinggalan dalam pelajaran dan guru-guru terpaksa mengasingkan kumpulan ini dalam kelas.

Sekarang ni kebanyakan ibubapa mula menghantar anak-anak ke kelas pra sekolah sejak berusia 4 tahun lagi. Malah ada yang lebih awal kerana di pusat jagaan atau taska juga ada menyediakan kelas-kelas belajar untuk anak-anak. Jadi tak hairanlah kalau anak-anak di usia 3-4 tahun ada yang dah boleh membaca perkataan-perkataan mudah.

Pengalaman aku sendiri, sebagai ibubapa yang bekerja, kami memang perlu untuk menghantar anak-anak ke kelas pra sekolah sejak berusia 4 tahun. Pendedahan awal menambah minat anak-anak untuk mengetahui lebih banyak tentang persekitaran mereka.

Banyak pilihan untuk menempatkan anak-anak untuk mendapatkan pendidikan awal pra sekolah. Bergantung kepada budget korang. Yang penting adalah minat anak-anak dan jugak sokongan ibu bapa. Jangan harap pada cikgu-cikgu ajer.

Antara sekolah-sekolah yang selalunya menjadi pilihan pendidikan pra sekolah :

pra sekolah, pendidikan, smart readers kids, Q dees, genius aulad, kemas, pasti

pra sekolah, pendidikan, smart readers kids, Q dees, genius aulad, kemas, pasti


pra sekolah, pendidikan, smart readers kids, Q dees, genius aulad, kemas, pasti


pra sekolah, pendidikan, smart readers kids, Q dees, genius aulad, kemas, pasti


pra sekolah, pendidikan, smart readers kids, Q dees, genius aulad, kemas, pasti


Bermula dengan irfan sehingga dik wan, pilihan kami adalah pembelajaran Smart Readers. Konsep yang di bawa, membuatkan anak-anak tidak mudah jemu untuk belajar.  Dik wan sendiri sejak masuk sekolah ni, dah banyak perkataan yang semakin fasih, dah pandai juga menyusun ayat-ayat mudah, rajin bertanya dan ada lagi skil-skil dan perubahan yang agak ketara juga. Yang penting asas pada usia bawah 6 tahun ini bagi kami adalah mengukuhkan minat anak-anak terhadap pelajaran.

Biasanya dalam membuat pilihan tentulah kos menjadi isu utama.  Pastikan pilihan anda setimpal dengan bayaran yang dibuat dan hasil yang diperolehi....

Semua anak-anak mempunyai potensi yang sama untuk jadi cemerlang. Jom sama-sama kita support anak-anak kita.

1 Comments

  1. pembelajaran pra sekolah amat penting di zaman moden kini, pendedahan awal. semoga anak2 terus berjaya..

    ReplyDelete