Cabaran 7 hari 

Assalamualaikum wbt

Tajuk sukerrr..
Walaupun sepatutnya hari ni dah kena up entry terakhir cabaran tapi aku masih lagi terkedek-kedek mengejar. Takper tak banyak lagi...minggu ni mesti mau abis.

Kalau sebut pasal siri drama, memang sekarang ni aku dah jarang sesangat menonton drama bersiri. Kadang-kadang ajer tertengok. Tapi dalam banyak-banyak drama yang disiarkan...yang betul-betul follow dan meresap ialah drama Adam & Hawa. Memang meresap la....pemilihan pelakon okay sesangat, hampir semuanya yang takde terlibat dengan gosip la..kecuali 2,3 orang.

cabaran 7 hari instablog efgkbba

cabaran 7 hari instablog efgkbba



Adaptasi yang baik pada aku. Sekarang nipun sedang diulangtayang di astro. Aku follow online saje. Kalau sempat tengok tv. Sampai anak-anakpun dah tahu masa siaran AH sila tukar channel untuk ibu...hahha....

Ada kena mengena dengan hidup ke?....hahhaa.....

2 Comments