Yang Sejuk Yang Nyaman
Ais krim durian
Assalamualaikum wbt
Anda peminat ais krim?
Sedapkan !!!
Dapat lak kalau makan masa tengah-tengah panas. Sejuk jer masuk dalam tekak.
Aku suka makan ais krim. Anak-anak apatah lagi.
Jumaat lepas, lepas antar kakak dan mira ke tempat tuition aku menghabiskan masa aku dengan dik wan di Mc D. Bukan nak makan apapun sekadar menghabiskan masa 1 jam sementara tunggu kakak-kakak abis tuition. Selalu hubby ada sekali, so boleh lah ikut dia ronda-ronda tapi bila berdua jer dengan dik wan aku kena pilih tempat yang sesuai. Kat situ ada play room yang memang tempat yang paling kanak-kanak suka kan. Kat situ la dia menghabiskan masa sementara mak dia...hmmmm..menikmati ais krim...hahahhaha..
Dah lama tak makan sundae ni...tetiba teringin sangat. Dapat pulak rasa coklat yang melekat tu......hmmm.....layan sambil tengok dik wan bermain.
Tapi mak dia tak la kejam sangat....
Sabtu kami ke Rawang, edisi menghantar stok kambing perap di AzZain Halal Mart Rawang. Kat situ ada sesuatu yang budak-budak ni suka.
Ais krim durian......yummy..rasanya memang melekat durian la...pekat ...sedap tau.
Kalau korang tak percaya, boleh cari ais krim ni di AzZain Halal Mart,Taman Bersatu Rawang. Memang sedap. Yang paling suka makan si dik wan. Memang sejak 2,3 hari ni dia asyik tunjuk gambar buah durian..lepas tu cakap adik nak makan buah yang duri-duri tu....hehe...peminat durian tegar tu...dah ada geng ayah.
Nak kena belajar buat ais krim sendiri la.....resepi dah kumpul nanti kena cuba....sekarang ni pandai buat ais krim Malaysia ajer.....2 singgit..hehehe
0 Comments