Resepi Sup Tulang Special
Sup Tulang Special
Assalamualakum wbt
Hari-hari cuti, apa lagi kalau tak menghabiskan masa bersama keluarga. Macam-macam aktiviti boleh buat. Salah satu mestilah memenuhi selera anak beranak. Biasanya bila banyak urusan yang nak diselesaikan aku masak yang simple simple aje. Sabtu lepas, masing-masing dok tak sihat dengan keadaan jerebu yang belum berapa surut lagi. Tekak teringin nak makan sup tulang. Mujur stok semua ada kat rumah so tak perlu nak keluar-keluar rumah cari barang.
Resepi mudah sup tulang special
Bahan-bahan
400gm tulang & 300 gm daging (aku suka campurkan tulang & daging pejal)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawng putih
*bawang ni nak mesinkan bole, nak tumbuk boleh ..kalau malas hiris-hiriskan jer
sedikit halia - hiris
bunga lawang, kulit kayu manis, biji pelaga serba sedikit
Kentang
daun sup dan daun bawang
rempah sup
sedikit minyak
lada hitam
bawang goreng
garam
Cara penyediaan Sup Tulang Special
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang dan rempah 4 sekawan sampai naik bau. Masukkan tulang dan daging. Gaulkan. Masukkan air untuk merebus. Rebus tulang dan daging sampai lembut, biasanya dalam 1 -1 setengah jam. Bila dah agak lembut, masukkan rempah sup sedikit dan kentang. Biarkan sampai kentang empuk. Masukkan garam dan rasa. Bila dah ok, taburkan sedikit lada hitam kisar kasar, daun sup & bawang serta bawang goreng.
Bila ada sup, aku akan gorengkan juga ikan pekasam...memang gu dia la. Untuk anak-anak buat telur dadar. Memang makan bertambah-tambah.

Ikan pekasam ...tang kepala ni pun berebut-rebut...hehehe
Dah siap & boleh lah dihidangkan dengan nasi panas-panas.
2 Comments
Ruby selalu rebus x buh minyak...
ReplyDeleteBuh sudu+garam sikit+sup bunjut..hehehhe
Da empuk..baru tumis asing bwg merah,putih,halia bersama saderi...hehehhe..kentang xbuh sebab xdk sape nk mkn..
Ikan pekasam tu cm ne rase ek..ikan masin ke??ruby xpenah mkn..apa2 pun masakan ibu selalu terbaik kan..