Kren Tumbang Di Masjidil Haram, sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh
kren runtuh di makkah
Assalamualaikum wbt
Allahuakbar...sesungguhnya dugaan Allah ke atas hamba-hambanya sebagai peringatan kepada umatNya....
MEKAH 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 65 jemaah terbunuh, manakala 154 cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa bumbung Masjidilharam sebelum menghempap mangsa yang berada di dalamnya, hari ini.
Empat jemaah Malaysia yang berada di dalam masjid itu turut cedera.
Pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi dalam Twitternya mengesahkan kejadian itu.
Menurut jemaah yang berada di tempat kejadian, nahas itu dipercayai berpunca daripada ribut.
Beberapa keping gambar kejadian itu yang disebarkan di media sosial menunjukkan mayat-mayat berlumuran darah bergelimpangan di lantai masjid.
Koresponden Al Jazeera, Hasan patel yang berada di Mekah berkata, saksi memaklumkan, kren tersebut tumbang di tingkat tiga Masjidilharam kira-kira pukul 5.45 petang waktu tempatan (10.45 malam waktu Malaysia).
“Berpuluh-puluh ambulans berkejar ke lokasi nahas bagi membawa jemaah yang cedera ke hospital.
“Pihak berkuasa Arab Saudi kemudian menutup tempat kejadian kepada jemaah.
“Sebelum solat Jumaat, Masjidilharam sesak dengan para jemaah,” katanya. – AFP
#sumber utusan malaysia
Pagi-pagi dah dapat wasap daripada rakan sekerja kami yang telah sampai di sana. Alhamdulillah beliau dan isteri terselamat daripada kejadian ini. Aku masih menunggu berita beberapa orang lagi sahabat yang berada di sana. Semoga mereka juga berada di dalam keadaan selamat........
3 Comments
doakan jemaah malaysia semua selamat tiada apa2 yg berlaku ye, hari ni esok dan akan datang. aminn...
ReplyDeletejemput singgah www.realitiimaginasi.com ;)
moga baik baik hendak-Nya
ReplyDeletemoga dipermudahkan urusan jemaah di sana
Delete