IPU semakin tenat

Assalamualaikum wbt

Nampaknya keadaan jerebu beberapa hari ni semakin teruk. Keluar bangunan pun dah bau asap. Jarak penglihatan dan semakin kurang. Sampai bila la keadaan ni nak berterusan. Aku sendiripun dah rasa lemas bila keluar rumah dengan keadaan udara yang tak bersih. 


jerebu semakin teruk, ipu meningkat

jerebu semakin teruk, ipu meningkat

Ni bacaan pagi tadi. Dah semakin banyak kawasan yang kualiti udaranya sangat tidak sihat. Dalam keadaan begini harap dapat beri perhatian pada keluarga, kawan-kawan dan mereka yang dekat dengan kita.

Langkah yang boleh diambil ketika ini :

1. Pastikan mereka yang mempunyai masalah jantung dan pernafasan mengurangkan 
    senaman fizikal dan aktiviti luar.
2. Pastikan anda menggunakan topeng pernafasan ketika melakukan aktiviti  di luar.
3. Jangan lupa! Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi.

Semoga kita sentiasa berhati-hati demi orang-orang tersayang di sekeliling kita...

0 Comments