Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Spesis Ini
Spesis Laut
Assalamualaikum wbt
Kalau korang nak tau ini lah Landak Laut atau dikenali dengan nama lain iaitu bulu babi ( Echinoidea) Hmmm...nama pun...
Spesis ini berbentuk bundar dan mempunyai duri dikeliling kulitnya dan boleh digerak-gerakkan.
Landak laut ni kami dapat masa berkursus di Pulau Pangkor tak lama dulu. Berebut-rebut nak pegang tapi aku tak tergamak ler pulak. Rupanya duri-duri di keliling spesis ni akan mengeluarkan racun yang boleh mengakibatkan kekejangan dan kesukaran bernafas. Bahaya juga yer...
Apa yang perlu dilakukan sekiranya terpijak duri landak laut:
Beberapa langkah boleh diambil sekiranya perkara ini berlaku.
1. Segara jauhkan diri dari kawasan tersebut dan segera cari pertolongan.
2. Cabutkan duri-duri yang terlekat dan cuba untuk bersihkan. Hujung duri-duri ini
biasanya akan terserap ke dalam kulit, cuba untuk keluarkan menggunakan pin. Sisa
duri yang tertinggal ini mungkin boleh mengakibatkan kulit menjadi bengkak.
biasanya akan terserap ke dalam kulit, cuba untuk keluarkan menggunakan pin. Sisa
duri yang tertinggal ini mungkin boleh mengakibatkan kulit menjadi bengkak.
3. Sementara menunggu rawatan di klinik atau daripada mereka yang mahir, untuk
mengurangkan rasa bengkak, rendamkan bahagian yang terkena duri tersebut ke dalam
air hangat.
Sedikit perkongsian, moga bermanfaat.
mengurangkan rasa bengkak, rendamkan bahagian yang terkena duri tersebut ke dalam
air hangat.
Sedikit perkongsian, moga bermanfaat.
#sumber dpd google/topic landak laut
1 Comments
eeeeeeeee....!! ngerinya kalau terpijak ni... meraung wooo... :(
ReplyDelete