Hari Gaji

Assalamualaikum wbt

Tahniah pada korang semua kerana telah berjaya menunggu dengan sabar kedatangan semula hari gaji. Ha..ha..ha...hari ni hari gaji orang gomen kan?  Penat tunggu kan!
Aku belum lagi. Tunggu la sehari dua lagi. Oklah tu tak de la nanti bersesak-sesak kat atm menunggu giliran keluarkan duit.

Dengan kedudukan matawang Malaysia yang tak berapa nak stabil sekarang ni, berbelanjalah dengan cara berhemah. Memang terasa harga barang yang naik dengan cukai lagi. RM50 pun dah macam 5 ringgit jer kalau korang bawa ke pasaraya. Sekarang ni membeli betul-betul untuk barang yang diperlukan bukan lagi untuk memenuhi kehendak. Kena rajin rajin rajinkan diri menyediakan masakan di rumah ajer. Sesekali makan luar ok lah.

Pastikan hutang dan bil-bil bulanan dilunaskan seawal mungkin dan peruntukan simpanan diasingkan siap-siap. Jangan lupa juga hulurkan sedikit untuk ibubapa kita atau bila balik kampung tu siapkan lah keperluan di kampung. Ada ibubapa yang tidak mahu menerima duit pemberian anak-anak tetapi mereka tak menolak jika kita belikan keperluan dapur, bayarkan bil-bil asas mereka.

hari gaji

gambar google..terima kasih



Ok kawan-kawan....selamat menerima gaji!!!

1 Comments

  1. alhamdulillah gaji dah masuk...hihihi penyeksaan rasanya...hahahah

    ReplyDelete