Nuffnang

Assalamualaikum wbt

Dah banyak hari blog aku ni suam-suam kuku ajer. Antara ber update dengan tidak ditambah dengan tugas-tugas pejabat yang menuntut lebih perhatian. Aku memang rasa dah macam....huh...boleh ke nak teruskan blog ni?...boleh ke nak update entry?..boleh ke nak capai uv tinggi?....

Balik daripada kursus khamis lepas, saje tergerak tengok cik nuffnang. Terkejut !!!..Berderet-deret iklan baru menerjah masuk. Lebih daripada 5 iklan. Wahhh.....terima kasih banyak-banyak cik nuffnang yer. Membuatkan semangat update entry tiba-tiba melonjak. Tak kira la berasa sen pun sekali kredit...yang penting masyukkkkkk.....


Antara iklan-iklan yang sedang menari-nari di blog ku.
Terima kasih pada pengunjung
Sudi-sudikan click click yer!!!

5 Comments