Tarikh kemerdekaan

Assalamualaikum wbt

Sehari dua ni dok update entry-entry berkaitan merdeka pulak....semangat tu!!

Berapa tarikh kemerdekaan yang korang tau?

Kalau korang nak tau ada 3 tarikh penting sebenarnya dalam kemerdekaan negara kita.  Malaysia terdiri daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ketiga-tiganya mempunyai tarikh kemerdekaan yang berbeza. 

Terima kasih pada group PIBG sekolah anak aku yang berkongsi info-info menarik berkaitan kemerdekaan.

3 tarikh penting :

1. 31 Ogos 1957 - Malaya Merdeka
2. 22 Julai 1963 - Sarawak Merdeka
3. 31 Ogos 1963 - Sabah Merdeka

Ketiga - tiga entiti ini bergabung membentuk Malaysia melalui 'Perjanjian Perkara 18-20 Sabah & Sarawak yang harus dipatuhi pada 16 September 1963'.  Pada tarikh inilah Hari Malaysia diraikan setiap tahun.

tarikh kemerdekaan, jalur gemilang, merdeka


Belajar sejarah kita kali ini. Menarik sebenarnya bila membaca berkaitan sejarah negara.  Banyak lagi info menarik dan gambar-gambar yang korang boleh tengok di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka, kalau korang ke sana.  Bagus untuk anak-anak lebih memahami tentang negara sendiri.

tarikh kemerdekaan, jalur gemilang, merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

5 Comments