Sistem Pemenggalan Waktu

Assalamualaikum wbt

Tengahari tadi dapat info berkaitan sistem pemenggalan waktu daripada group wasap sekolah anak-anak. Aktif juga group ni. Terdiri daripada pelbagai golongan, jawatan dan sebagainya. Perkongsian ilmu mereka memang banyak.

Sekali baca..ingatkan bercerita tentang sistem penggal persekolahan. Oooo tidak rupanya.
Sistem pemenggalan waktu ni maksudnya waktu-waktu yang kita boleh kategorikan sebagai pagi, tengahari, petang, malam, tengahmalam.

Sistem Pemenggalan Waktu (sumber DBP) :

a) Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59
b) Petang - dari pukul 2.00 hingga 6.59
c) Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59
d) Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59
e) Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59

penggunaan masa yang betul, sistem pemenggalan waktu
gambar google

Akupun kadang-kadang keliru...kadang-kadang la....
Moga-moga lepas ni kita boleh gunakan masa dalam kategori yang betul.....

1 Comments