Musim Exam Kembali Menyerang
Assalamualaikum wbt
Semalam hari lawatan mingguan kat anak bujang aku di asrama. Dah makin dekat dengan peperiksaan PT3 , sedikit sebanyak tergambar jugak rasa stress masing-masing kat muka anak-anak ini.
Sekarang ni dah mula dah musim peperiksaan utama untuk pelajar-pelajar sekolah. Peperiksaan percubaan, UPSR, PT3 dan SPM. Dah berderet-deret dah. Ibu bapapun dah kena lebih beri perhatian pada anak-anak ini. Jaga kesihatan dan yang penting jaga emosi anak-anak.
Aku kongsi tarikh-tarikh peperiksaan utama anak-anak ini sebagai ingatan pada ibu bapa, abang kakak yang ada anak-anak atau adik-adik yang akan mengharungi peperiksaan ini. Doakan mereka dipermudahkan semasa peperiksaan dan mendapat keputusan yang boleh membantu mereka untuk keperingkat lebih tinggi. Perjalanan mereka masih jauh.
Sebelum balik, abang sempat bisik...esok ada pre exam untuk subjek pengajian islam...ibu doakan yer....
Moga berjaya anak-anakku semua.........
0 Comments