Lawatan sambil belajar

Assalamualaikum


Aku pernah tulis berkaitan madul kelulut dan kebaikannya kat KELULUT
Dua minggu lepas ada kesempatan melihat sendiri kawasan penternakan kelulut. Seronok masuk kampung.  Ada 2 tempat yang aku dan hubby pergi. Hubby dah beberapa kali ke sini, cuma kali ni dia ajak aku sekali sebab ada kawan lama dia nak ikut dan beliau bawa isteri so kira peneman la ni.

Tempat pertama ialah di Kampung Bujang, Bedong Kedah. Tak la jauh sangat daripada rumah dalam sejam lebih perjalanan ajer. Tiba ajer depan pintu pagar rumah beliau, aku dah rasa macam `jatuh cinta' dengan persekitaran kawasan ini. Selain daripada kawasan sekitarnya yang dijaga bersih, kita boleh nampak rumah-rumah kecil yang terletak atas keratan-keratan log kayu. Cantik tersusun. Kalau korang nak tau itulah rumah-rumah kelulut yang dibina sendiri oleh tuanpunye kawasan ini. Ada lebih daripada 50 kotak yang dipenuhi dengan kelulut yang sedang bekerja mengumpul madu. Di sekelilingnya dipenuhi dengan pokok-pokok bunga dan buah-buahan yang menjadi tempat sang kelulut mencari makan. Abang Ali tuan punya kawasan tersebut juga membina sendiri pondok rehat yang terletak di bawah pokok. Persekitarannya memang bersih la. Kami bersembang kat situ ajer. Tuan rumah ajak masuk rumah makan kuih raya pun tak nak....hehe


tempat penternakan kelulut

Ni la rumah kelulut yang dibuat sendiri oleh Abg Ali. Cantikkan !! Siap berbumbung lagi. Kemas buatannya. Yang belakang ada tangga batu tu ialah reban ayam. Beruntung sungguh ayam-ayam beliau dapat rumah cantik macam tu.  Terlupa pulak nak snap gambar penuh rumah ayam tu.

tempat penternakan kelulut

Tempat kedua yang kami singgah ialah di Merbok, terletak di Jalan Bukit Batu Pahat. Kat sini lagi banyak kotak-kotak kayu yang dijadikan rumah kelulut. Ada lebih daripada 100 sarang pelbagai spesis kelulut. Hmmm...banyak sarang banyaklah koleksi madunya. Tempat ni agak dikenali juga sebab sejam aku kat sini, ada saja yang singgah membeli madu. Nak belajar mengenali spesis madu pun bolehlah singgah kat sini.

tempat penternakan kelulut

Di kedua-dua tempat ni korang boleh terus dapatkan madu kelulut asli yang sangat berkhasiat.  Tak rugi korang beli, harga pun berpatutan. Banyak khasiatnya. Kalau korang lalu kat area ni boleh la singgah. Lepas singgah sini, boleh lajak pergi ke Tanjung Dawai..tak jauh dah.

0 Comments