Menu Sihat 2 dalam 1
Mempelam Muda memang sedap
Assalamualaikum wbt
Hujung minggu lepas sempat pulang ke kampung hubby menjengok MIL. Bila di kampung memang selera makan nak rasa macam-macam makanan cara kampung. Cari ajer keliling rumah. Hubby pi petik mempelam muda .....dah tahu nak buat apa.
Masa terhad, kita buat menu yang ringkas-ringkas ajer. Macam-macam menu boleh dibuat dengan mempelam ni. Menu pertama - air asam mempelam makan dengan ikan bakar.
Mudah saja cara penyediaannya. Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah sajer. Hiris atau racik mempelam ikut banyak mana nak guna. Hiriskan cili padi, cili merah, bawang besar dan tomato. Bancuh sedikit air asam jawa yang agak pekat, tuangkan atas bahan-bahan yang dipotong tadi. Gaul-gaulkan. Bakar sedikit belacan dan campurkan dalam bahan tadi. Masukkan sedikit garam dan gula. Ambil 1-2 biji limau kasturi, potong dua dan perahkan atas bahan tadi. Gaul dan rasa. Dah siap....mudah ajer kan.
Makan dengan ikan bakar kosong. Maksud kosong ialah ikan tu sapukan sedikit kunyit dan garam sahaja. Letak atas daun pisang dan bakar. Hmmm...aromanya memang buat perut korang berbunyik-bunyik la......Berebut makan anak beranak.
Esoknya, kat rumah pulak buat menu ringkas juga. Kerabu mempelam, menu sampingan bila masak kari atau asam pedas.
Mudah juga penyediaannya.
Racik mempelam, hiris bawang besar, cili padi, cili merah. Gaulkan. Letak sedikit garam dan gula, rasa. Untuk kerabu mempelam ni biasanya kami perahkan sedikit lemon dan campurkan sedikit madu, rasanya lebih menarik. Kali ni ada sedikit penambahan, campurkan sedikit kekacang dan letakkan daun pudina. Rasanya lebih marveles. Kalau tak nak, boleh juga letak kacang tanah goreng...pun sodapp!!
Cuba la korang....menu sihat selain menjadi pembuka selera ....
4 Comments
kak Azi..sedapnya kerabu tu.. terliur dah ni..hehe
ReplyDeleteterliur papaG...
ReplyDeleteSedapnya...
ReplyDeleteSedapnya...
ReplyDelete