Doorgift kenduri

Assalamualaikum wbt

Tak lama lagi nak cuti sekolah. Walaupun september ni cuti seminggu tapi aku pastu mesti banyak jemputan kenduri yang sampai. Biasa dah tu, bila cuti sekolah memang gantung kuali setiap weekend.

Bercerita pasal kenduri kahwin sekarang, jauh beza dengan dulu. Masa aku dulu, seminggu sebelum kenduri kawin dah sibuk dengan mesyuarat adik beradik ayah untuk tentukan persiapan hari kenduri. Kat kampung aku dikenali dengan panggilan mesyuarat kumpul waris. Di mana kebanyakannya ahli keluarga terdekat, adik beradik yang ada. Tujuannya untuk menetapkan jenis lauk dan keperluan hari kenduri. Masa tu jarang-jarang sangat orang buat kenduri guna katering.  Semua kerjasama orang kampung. Meriahnya pun berbeza!

Doorgift tetamu

Yang ketara sekarang ialah jarang sekali nampak orang bagi telur rebus pada tetamu yang datang. Sekarang ni tuan rumah lebih suka menyediakan doorgift berbentuk barangan seperti cawan kecil, potpurry, tuala yang di gubah cantik, pasu kecil dan pelbagai lagi. Dulu, telur rebus yang dibungkus cantik atau letak dalam bekas kecil. Kadang-kadang dapat berbiji-biji telur. Kami kumpul, balik rumah buat sambal telur rebus. Dapat satu menu makan kan! hehe....

kenduri dulu kenduri sekarang, doorgift
gambar google. Terima kasih

Kalau korang nak tau, dulu telur dibungkus dalam tisu macam dalam gambar tu. Rebus beratus-ratus biji telur. Puas membungkus. Selalunya kerja-kerja membungkus ni orang perempuan yang buat. Sambil bungkus sambil bergosip. Masa aku dulu, telur rebus aku pack dalam kotak yang dibuat sendiri daripada kad raya. Dulu kan masa orang suka hantar kad raya, aku suka kumpul kad raya ni. Berkotak-kotak dalam simpanan. Berguna jugak tau. Tapi sayang takde contoh nak aku tunjukkan kat sini.


kredit to ikahwin.my

Sekarang ni dah macam-macam rupa dah doorgift kan. Kerja makin mudah bila dah banyak kedai-kedai persiapan kenduri wujud. Sediakan RM sahaja. Pilih yang mana berkenan, ikut budget di poket.

Apapun, yang penting bersederhanalah dalam membuat persiapan supaya tidak susah di kemudian hari.

11 Comments

  1. telur bungkus gitu memang rare! kat kampung2 je ade dulu2..

    ReplyDelete
  2. bersederhana sebab lepas kahwin nanti banyak nak guna duit. Nak beli rumah lah... Nak sambut baby lah... Semuanya perlukan duit. lainlah kalau kahwin dengan hartawan & jutawan. hehe...

    ReplyDelete
  3. ah'ahlah. da lama tak jumpa yang rare. telur bungkus memang epik :)

    ReplyDelete
  4. Ye betul laa.. Abg wawa yg sulong sempat laa bagi telur bungkus tisu tu.. Memanv klasik habis.. Skang dah tk bagi telur dah.. Telur makin mahal n ramai org tk makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 memang style bungkus tisu jer...bila makan, tisu tu guna untuk alas kulit telur yg dikopek, pastu buang..takde la bersepah2 kan...

      Delete
  5. comel je hat telur bungkus dlm tisu.. save budget sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni tak bungkus2 dlm tisu dah...koyak poket hehehe

      Delete
  6. Sama la masa SA kawen dulu masih bagi telur dalam kotak..sekarang mmg dh banyak beza dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu style kotak-kotak pun buat sendiri jer kan SA

      Delete
  7. kalau dulu kat kampung ada bungkus2 nasi.. sekarang bagi goodies bag..macam2 ada.. hehhehe..takpelah..janji jimat untuk tuan rumah..telur pon dah jarang orang nak bagi./

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan....sekarang ni kebanyakan guna khidmat catering....lauk nasi tak banyak lebihan. Dulu boleh bungkus bagi jiran sekampung terutama yang sama-sama bertungkuslumus membantu.

      Delete