Amalan seharian

Assalamualaikum wbt

Setiap orang inginkan kehidupan yang selesa untuk diri sendiri dan keluarga. Usahalah dan jagalah amalan kita supaya setiap tindakan dan perbuatan dipelihara dan dirahmatiNya.

Sebagai seorang muslim, antara amalan yang boleh kita lakukan demi untuk mencari kebahagiaan dunia akhirat dan diberi lebih rezeki oleh Nya.

amalan murah rezeki, solat sunat dhuha

Solat sunat dhuha antara yang boleh kita jadikan amalan setiap hari. Biasanya sesampai di pejabat, aku akan luangkan sedikit masa ke surau. Nikmat rasanya bila dapat tunaikan dhuha.  Solat sunat Dhuha boleh dikerjakan pada ketika sedang naik matahari - anggaran di antara jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi). Ianya boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat, bleh juga dilakukan sebanyak 4,6,8 sehingga 12 rakaat dan setiap 2 rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melalkukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuna , ertinya : sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah taala
b) Bacaan rakaat pertama surah Al fatihah dan As Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua - surah Al Fatihah dan Ad DhuHa
d) Setelah selesai salam lalu membaca doa..

maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
(*sumber dari http://ummiadam.teratakrindu.net/)

5 Comments

  1. Bersama-sama berusaha mendapatkan keredhaan dariNYA.

    ReplyDelete
  2. setiap sendi tulang kita perlukan sedekah ..dgn berdhuha..nk buat mungkin mudah..tapi nk konsisten???
    alahai ruby!!!jgn byk alasan..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ...nak konsisten buat tu la yang susah nak capai...

      Delete
  3. alhamdulillah...dengan berdhuha..kita dapat bersyukur dengan-Nya..

    http://www.lovelyaein.blogspot.com/

    ReplyDelete