EFG Feed

Assalamualaikum wbt

Siapa tak tahu lagi apa EFG?
EFG ialah salah satu group blogger yang sedang meningkat naik.
EFG atau nama penuhnya Echange Feed Group telah banyak membantu aku buka mata berkaitan blogging dan blogger.  Bukan senang sebenarnya nak jadi blogger. Blogger tegar dan kental...huhu...memang menuntut perhatian.  

Group ni saling membantu antara satu sama lain untuk sama-sama meningkat, sama-sama berkongsi ilmu dan sama-sama bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara terutama yang berkait rapat tentang dunia blogger.

Hubungan antara ahli, walaupun ramai di kalangannya memang tidak pernah berjumpa, amat akrab, akrab di maya. Dari hari ke hari masing-masing semakin mengenali antara satu sama lain.

Antara aktiviti utama EFG - bertukar-tukar feed ahli setiap hari di ruangan atas setiap blog. Kalau korang perasan sebelum entry baru aku, mesti ada list entry blog yang aku feed hari tu.  Awalnya kami kena tukar manually hari-hari mengikut masa yang ditetapkan. Siapa lambat, kena denda. Ini untuk memastikan masing-masing memberi promosi yang sepadan berkaitan entry blog kawan-kawan.

Terima kasih pada mommy pengetua irrayyan.com , feed group setiap hari dipermudahkan. Sekarang ni feed ni dibuat secara auto. Tak lah kami terkejar-kejar setiap hati walaupun telah diganti dengan task lain.
 
Hari ni kat blog aku , korang boleh tengok juga entry-entry terkini di blog  suriaamanda.blogspot.com . Menarik tau entry-entry di sini. SA dah lama dalam dunia blogging ni. Aku suka baca entry-entry beliau yang santai. Tiap-tiap hari pasti ada 2-3 atau kadang-kadang sampai 6 entry baru di blog beliau.  Korang rajin-rajin lah singgah dan komen blog beliau sebab setiap bulan akan ada hadiah untuk top komentator. 


EFG, Exchange Feed Group, blogger


Setiap hari aku juga akan jengok siapa antara ahli EFG yang feed blog aku. Hari ni giliran wayneharraz.com . Terima kasih bagi port sementara kat blog awak yer hari ni.
Wayneharraz atau nama panggilan di group Ewan, adalah antara blogger lelaki yang ada dalam group EFG. Suka mengusik adik-adik di EFG, kadang-kadang bila bersembang di group wasap, tak kering gusi dibuatnya. Entry-entry beliau juga menarik untuk dibaca disamping kadang kala diselitkan dengan perkongsian ilmu blogger.  

EFG, Exchange Feed Group, blogger

Jom ...kalau korang free, jomlah terjah blog-blog ni....



9 Comments

  1. Wah bestnyer ..Boleh up entri gini jugak nanti

    ReplyDelete
  2. Terbaik =). EFG memang awesome. Geng-geng EFG laaagi awesome & sempoi. Pehni mesti lagi ramai request nak join =)

    ReplyDelete
  3. pernah mohon utk join tapi dah ditutup ye keahlian EFG ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba jer mohon kot boleh jadi senarai simpanan

      Delete
  4. waaahhh,,,mcm best je..teringin juga nk join...

    elly dah follow ye.. #207 ;)

    ReplyDelete