Panduan untuk pelajar

Assalamualaikum 

Tak lama lagi anak-anak yang mengambil UPSR akan melangkah masuk dewan peperiksaan. Lepas tu anak-anak yang akan mengambil PT3 pula. Dup dap dup dap bukan sahaja pelajar, ibubapa pun rasa gementar jugak.

Persediaan bukan di saat akhir tapi kena mula dari awal, seawal yang boleh. Biasanya aku akan pesan pada anak-anak untuk beri 100% tumpuan semasa dalam kelas, tak faham terus tanya sebab tahu bila anak-anak ini mengulangkaji sendiri mesti ada gangguan. Dengan silibus dan corak pembelajaran sekarang ni, ibu bapa pun kadang-kadang boleh `lost' tak tahu nak bantu.

Berkongsi di sini dengan pembaca, 7 rahsia agar tidak lupa apa yang cikgu ajar dalam kelas.

1. Abaikan semua yang lain. Tumpukan pada apa yang cikgu ajar dalam kelas. 100%..

2. Teka, apa yang cikgu mahu ajar? Timbulkan rasa ingin tahu.

3. Conteng kertas kosong. Sambil dengar penerangan cikgu, sambil keluarkan pertanyaan       atau pion-poin penting yang perlu diingat. Aku suka buat cara ni.

4. Bayangkan apa yang cikgu sedang ajar. Kalau dulu masa belajar geografi, bila belajar         tentang negara-negara luar, rasa macam berada kat sana pulak.

5. Cepat-cepat buat latihan. Asal ada masa terluang jer, terus buat, kalau tangguh               samada jadi malas atau lupa.

6. Minta bantuan cikgu setelah mencuba. 

7.Baca semula apa yang cikgu ajar sebelum 48 jam. 


rahsia pelajar cemerlang

Pesan cikgu lagi, kalau belajar ilmu yang kita dapat kita kena ajar pula pada orang lain atau dalam erti kata lain bantu kawan-kawan lain yang mungkin kurang faham. Bertambah berkat dan bertambah lekat ilmu yang kita dapat. Moga anak-anak jadi insan cemerlang dunia akhirat.....



0 Comments