Kecuaian Akan Membawa Padah
Langkah keselamatan di musim perayaan
Assalamualaikum
Jumaat terakhir Ramadhan. Sayu rasa hati pagi-pagi ni ditambah pula dengan hujan yang turun sejak malam tadi lagi. Bertambah-tambah sayu bila ternampak sekujur tubuh terbaring tidak bergerak semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi. Bila terlihat kemalangan jalanraya seperti itu, aku pasti tertanya-tanya --- anak siapa lah agaknya yang terbaring tu?...suami siapalah?...ayah kepada siapalah?...huhuhu..sedih sangat setiap kali itu jugalah airmata mengalir sendiri. Ini kemalangan kedua yang aku jumpa sepanjang ramadhan ni di laluan ke tempat kerja. Kedua-duanya melibatkan pemandu motosikal dan kereta/van. Tambah-tambah seminggu lagi nak raya......
Korang yang akan berjalan jauh, ataupun yang berjalan di musim perayaan ni, berhati-hatilah ketika memandu dijalanraya. Ingatan untuk diri sendiri jugak ni. Kalau mengantuk, berhentilah rehat untuk seketika. Tak rugipun kalau sampai lewat sedikit. Aku yakin mulai Selasa sehingga Khamis minggu depan jalanraya akan dipenuhi dengan kenderaan pelbagai jenis. Cuti perayaan agak singkat tahun ini. Rancanglah perjalanan anda dengan sebaik-baiknya. Kami pun akan pulang jauh -- utara - selatan. Kebiasaannya, aku dan hubby akan bergilir-gilir memandu supaya masing-masing boleh hilangkan rasa mengantuk untuk seketika.
Tips Keselamatan Jalanraya di Musim Perayaan :
1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk dan tidak fokus, tangguhkan dahulu perjalanan.
2. Sentiasa ikut hadlaju yang ditetapkan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi kiri dan cermin pandang belakang sebelum menukar lorong.
4. Sentiasa mematuhi peraturan jalanraya di simpang dengan berhenti ketika lampu isyarat merah atau kuning dan sentiasa beri keutamaan kepada pejalan kaki.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu dekat di sepanjang masa kerana ini punca kemalangan menjadi lebih serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan laluan kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
Korang...hati-hati yer memandu!!
7 Comments
Nasihat yang berguna. Ya saya guna akan melalui perjalanan sejauh 400km jadi saya guna rancang sebaiknya. Jika mengantuk tidak teragak agak untuk berhenti tido di tempat yang difikirkan selamat. Mengantuk itu sifat yang biasa pada manusia. Jadi berehatlah
ReplyDeletebetul tu arz....kak zi selalu bergilir dgn hubby drive balik kampung
DeleteBeringat sebelum kena.. berwaspada sentiasa.. Moga selamat perjalanan pergi dan balik hendakNYA..
ReplyDeletemoga dipermudahkan perjalanan kita
Deletetips no 1, memang selalu nak buat ..tapi gagahkan jua... Harap lepas ni tidak lagi. Dah cuba yg terbaik...ingat family tersayang. t.kasih.
ReplyDeletekadang-kadang tak sabar nak cepat sampai tu yang gagah jugak drive
DeleteYang no 7 tuu aduss mmg ramai yg selalu potong q kan ..tahulaa masing2 nk cpat sampai ke destinasi tapi kenalaa bersabar
ReplyDelete