Petua Sihat

Assalamualaikum

Semua orang nak sihat kan?

Macam-macam cara yang boleh kita lakukan untuk pastikan kekal sihat.  Bagi yang berkemampuan, mungkin boleh menggunakan cara atau mengambil bekalan nutrisi yang banyak terdapat di pasaran.  Bagi yang kurang mampu atau perbelanjaan terhad, boleh a gunakan cara yang lebih mudah.  Selain bersenam untuk keluarkan peluh dan tambah stamina badan, kita juga boleh mengamalkan pengambilan air putih atau sesetengah orang panggil air masak.

Ada orang tak suka minum air putih. Anak-anak aku kalau minum air putih kena yang sejuk. Tak semestinya ada ais atau dari peti sejuk...tapi kena sejuk.  Camna tu?..hehe...

cara mudah kekal sihat
gambar google

Amalkan pengambilan air sebanyak 8 gelas sehari:

Bagaimana?
  • 2 gelas air yang telah dimasak/sejuk selepas bangun dari tidur.  Ianya membantu menggerakkan organ dalaman anda.
  • 1 gelas air putih 30 minit sebelum makan pagi/tengahari/petang/malam.  Ianya membantu mencerna dan menghadamkan makanan.
  • 1 gelas air putih sebelum mandi pagi/petang. Kebaikannya membantu merendahkan tekanan darah.
  • 1 gelas air putih sebelum masuk tidur. Membantu mengelakkan kena strok atau serangan jantung.

Ini sebagai panduan sahaja, pandai-pandailah korang adjust pengambilan dan masa yang sesuai untuk pastikan jumlah air cukup dalam badan.  Jadikan amalan setiap hari. Kurangkan pengambilan air bergula. Banyakkan juga pengambilan buah-buahan dan makanan berkhasiat.

Jom amalkan untuk kebaikan kita dan keluarga.

2 Comments

  1. good... kalau nak lebih senang sukatan dan nampak depan mata... beli saja air mineral... 2 botol besar tu cukup 3liter sehari.. so kene habiskan 2 botol besar air mineral tu sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cikgu nize...tp jenuh pulak la hari2 nak kena beli botol hehehe

      Delete