#Cabaran20hari

Assalamualaikum

Semakin menghampiri hari-hari terakhir cabaran 20 hari.  

Menu wajib pagi raya. Masa bujang menu wajib pagi raya selain rendang ialah ketupat nasi. Best dapat anyam sendiri sarung ketupat. Berlumba-lumba dengan kakak-kakak siapa boleh buat banyak. 

Bila dah kahwin, rindu sesangat dengan ketupat nasi sebab keluarga mertua buat ketupat daun palas ataupun ketupat pulut. Kejutan raya jugak beberapa tahun sementara nak bagi sesuai. Orang utara memang suka ketupat pulut kan?..Tahun pertama beraya, hubby minta juga buatkan ketupat nasi. Beriya-iya aku buat ..cari daun kelapa..anyam...isi beras...rebus...tapi tak dapat sambutan. Sedih gitu....
Lepas tu tak buat dah. Kalau nak rebus ajer ketupat segera walaupun rasa tak setanding.

Belajar gaya baru.
Tiap-tiap tahun tengok MIL tanak pulut untuk buat ketupat daun palas. Selain tu buat juga pulut dakap. Tau tak apa itu pulut dakap?...Ketupat jugak la tapi dibungkus dalam daun pisang.  Macam dalam gambar tu, buat dua ketul, kemudian diikat sekali, macam berdakap gitu....

cabaran20hari menu wajib pagi raya

Masak pulut untuk ketupat gaya MIL lain caranya. 3 kali pulut dikukus. Pertama kukus pulut sahaja. Agak-agak masak, angkat untuk digaulkan dengan santan pekat. Bila dah gaul, kukus sekali lagi dalam 45 minit. Lepas tu baru masukkan ke dalam sarung ketupat atau dibalut dengan daun pisang. Bila siap, kukus lagi. Memang best tapi jenuh nak tunggu siap!!

Pulut ni makan dengan rendang memang best!!!
En hubby suka makan nasi, biasanya pagi-pagi dia akan masak nasi istimewa macam nasi daging, nasi beriani...tahun lepas kami masak nasi arab, tahun ni belum ada idea lagi.

Hmmmm..tak sabarnya nak raya.....



4 Comments

  1. Dulu tak pandai makan ketupat daun palas ni.. la ni rasa nak tapau bawak balik.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..betul..betul...dulu tak berapa pandai tp sekarang pantang jumpa

      Delete