Koleksi Rantai Kunci

Assalamualaikum

Masa sekolah rendah, cikgu selalu tanya apa hobi korang kan? Setiap orang mesti ada hobi masing-masing. Apakah hobi? Hobi adalah sesuatu yang kita suka lakukan. Buatlah berulangkalipun ianya tidak pernah menjemukan. Berblog ni pun salah satu hobi yang menyeronokkan.

Hobi berubah seiring dengan peningkatan usia dan persekitaran kita berada. Tapi ada juga hobi yang kekal dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa, hobi sepanjang zaman. Antara hobi aku yang memang sejak remaja dulu lagi ialah mengumpul rantai kunci.  Kalau dihimpun dari dulu memang berkotak-kotak tapi banyak yang dah hilang. Tinggal yang terkini ajer.  

hobi sepanjang zaman

Ni antara rantai kunci yang masih ada dalam simpanan di pejabat.  Ada sekotak lagi tu dalam laci.  Aku suka kumpul rantai kunci ni sebab dia ada pelbagai rupa, saiz dan corak. Selalunya rantai kunci ni aku tak beli tapi kawan-kawan yang bagi sebagai tanda kenang-kenangan.  Semua tu aku masih ingat lagi siapa yang bagi. Nilai sentimental kan...mesti kita boleh ingat.  Dulu rajin susun kat board cubicel tapi lepas sibuk dengan 5s, semua aku cabut simpan dalam almari.

hobi sepanjang zaman

Rantai kunci ni hadiah daripada x-bos aku pada staff dia.  Masa tu aku ingat dia kena pergi kursus kat Langkawi, masa tu kami tengah sibuk kena submit sale proposal kat HQ. Bila balik, dia datang kat tempat kami sorang-sorang suruh pilih mana yang berkenan. Walaupun kecil, rasa dihargai itu yang best. Ada bos yang suruh admin dia agihkan pada staff tapi bos aku yang ni lain sikit, dia sendiri yang jumpa kami.  Sekarang ni dah jadi bos besar dah.

hobi sepanjang zaman

Yang ni pulak kenang-kenangan team ofis lama bahagian sales. HQ belanja depa semua pergi bercuti ke Istanbul sebab dapat capai target. Bestnyer....masa tu aku dah takde kat unit sales, kalau tak, boleh pergi Istanbul la...percuma pulak tu, bawa duit belanja aje.  Tak pe la...bukan rezeki aku. Jadilah kawan-kawan hadiahkan rantai kunci ni sebagai tanda ingatan. Ingat jugak korang kat aku!!

Ada banyak lagi. Hampir setiap rantai kunci ada cerita di sebaliknya. Ingatan kawan-kawan yang boleh dijadikan hobi sepanjang zaman.

Korang macamana?..apa hobi korang selain daripada berblogging?


6 Comments

  1. bestnya bila ada orang ingt kita kn..

    ReplyDelete
  2. SA ada setengah kotak..sampai dh lupa sapa yg bg keychain ni..fridge magnet pun byk giler

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah banyak2 tak tahu nak letak mana kan

      Delete