Wira Ajaib Hutan Hujan Tropika
Ulam-ulaman Pegaga
Assalamualaikum
Korang tau pegaga?
Suka makan pegaga?
Pegaga adalah tumbuhan herba malar hijau yang hidup melata di atas tanah. Kalau korang nak tau pegaga ni ada bunga yang berwarna ungu pucat ke merah jambu. Rasanya agak sedikit pahit. Pokok pegaga ni terkenal di kebanyakan negara di Asia terutama Asia Timur dan Asia Tenggara. Mengikut Wiki - ia dikenali sebagai `Wira Ajaib Hutan Hujan Tropika'
Ia mudah mengadaptasi dengan persekitaran yang luas, lapang, panas dan lembab.
Kat rumah aku ada tanam pokok pegaga ni. Sihat subur bersama tanaman lain. Seronok bila tengok kehijauan pokok-pokok ni.
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda.
Ada yang memproses pegaga ini menjadi jus untuk diminum. Menurut Wiki lagi, dalam perubatan Cina, pegaga digunakan antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.
Lain-lain khasiat pegaga :
Penawar alahan
Merawat asma dan sesak nafas
Merawat jangkitan paru-paru
Anti kanser
Melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
Penawar batu karang
Penawar kencing berdarah
Penawar ulcer
Merangsang peredaran darah
Merawat cirit birit dan gastrik
Menurunkan tekanan darah
Pegaga boleh dimakan mentah atau dimasak. Kadang-kadang ia juga boleh dijadikan hiasan pada akhiran masakan.
Aku suka masukkan pegaga dalam salad buatan sendiri. Campurkan dengan hirisan epal hijau atau mangga - sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng ataupun makan ratah begitu sahaja. Korang boleh cuba resepi KERABU EPAL PEGAGA ULAM ISTIMEWA
12 Comments
akak suka makan pegaga ni... suburnyer geram tgk... hehe
ReplyDeletesejak campur dengan salad epal ni, saya pun dah suka makan pegaga
Deletesuka ulam pegaga.. byk khasiat!
ReplyDeletekalau dalam pantang siap mak suruh makan dgn akar2 dia
Betul...pahit-pahit tapi sedap
Deletebuat urap sedap ni..
ReplyDeletebelum cuba lagi buat urap
Deleteha'ah... buat urap sedap...!! crunchy.... :)
DeletePegaga makan buat ulam + sambal belacan. Peh. Sedapnya.
ReplyDelete#clickclicknuffnnang
meleleh ayq lioq
Deleteawet muda ni kalau amalkan.....!! hehehehe...
ReplyDeletetapau arr skit kak azi salad pegaga dgn epal tu.. nampak mengiurkan je... :)
Mai datang sini....bukan takat semangkuk..bermangkuk mangkuk pun boleh kak zi sediakan..
Deletesedapnya pegaga !
ReplyDelete