Moga Berkesempatan Hingga Ke Akhirnya
Ramadhan datang lagi
Assalamualaikum
Alhamdulillah, In sha Allah berkesempatan lagi tahun ini bertamu di bulan yang mulia ini. Tak sabar rasa hati menunggu hari esok.
Sempena bulan yang mulia ini, aku menyusun jari memohon maaf pada anda-anda yang berkunjung di sini. Mungkin ada tulisan yang mengguris hati, ada ayat yang tersilap isi, ada ulasan yang belum dibalas ada urusan yang belum selesai.
Semoga bulan mulia ini memberi lebih barkah kepada aku dan keluarga dan juga pada anda-anda semua.
Bagi yang ada anak-anak yang baru nak belajar berpuasa mesti seronok. Teringat masa mula-mula ajar anak-anak berpuasa. Semuanya bermula dari usia 5 tahun. Ketika usia 6 tahun depa dah boleh berpuasa penuh sebulan. Lain anak lain ragam. Masa amira mula belajar berpuasa, siap kena suapkan makan sahur dengan mata dia terpejam tapi mulut mengunyah....
Terima kasih pada company tempat kerja, masih lagi memberi kelebihan pada kami di bulan ramadhan ini pulang awal. Sempatlah nanti buat persiapan ala kadar untuk berbuka. Aku dan hubby dah plan untuk seberapa mungkin menyediakan sendiri juadah berbuka dan juga bersahur kali ini sepenuhnya. Siap dah menu untuk seminggu hehehe....jadi nanti tak lah terfikir-fikir lagi nak masak apa.
4 Comments
Selamat menyambut puasa :)
ReplyDelete#CCNuffnang
sama la kita
DeleteAlhamdulillah selamat menjalani ibadah puasa kak zie dan family
ReplyDeletesalam ramadhan juga utk lya dan keluarga
Delete