Balik Kampung

Assalamualaikum

Cuti sekolah ambil kesempatan balik kampung.  Kali ni dapat balik sekejap ajer. Pagi bertolak daripada KL terus balik Melaka pastu lewat petang balik Kulim.  Penat tapi seronok. Masa yang singkat dipenuhi sebaiknya.  

Balik kali ni memang takde siapa yang tahu. Aku dah lepas tol Ayer Keroh baru aku ping kak long dan abah. Kejutan!!! 

Sebenarnya, minggu sebelum tu abah buat kenduri doa selamat tapi kami tak dapat balik sebab irfan masih terikat dengan kelas tambahan PT3 di sekolah. Rasa bersalah jugak tak balik tu yang cover semula.

Bila aku jumpa ngan kak long memang potpetpotpet tanpa henti. Fuhh macam-macam cerita keluar. Siap makan 2 round masing-masing....so jangan complaint badan naik lepas balik kampung hahahha....

Tapi yang paling best bila abah ajak pi kutip buah mangga. Walla!!!! My favorite!!!
Berpokok-pokok kami pi goncang.


balik kampung, buah mangga, petik mangga

Tak masam sedap makan begitu sahaja.

balik kampung, buah mangga, petik mangga

En Hubby belek satu-satu. Siap cium-cium lagi...hahaha....

balik kampung, buah mangga, petik mangga

Ini la hasilnya. Siap bawak balik Kulim sedekah kat kawan-kawan.

Tunggu raya nanti balik kampung ada musim apa pulak......



2 Comments