Jalan-jalan cari makan petang hari
Jalan-jalan cari makan
Assalamualaikum
Petang-petang selalu bila perut lapar mula teringin nak makan macam-macam. Tambah-tambah bila anak-anak semua ada kat rumah. Asyik masak di rumah, kadang-kadang teringin juga menjamu selera di luar sambil lihat-lihat tempat orang.
Hujung minggu baru-baru ni mengikut hubby ambil sarang kelulut di Grik, kami sepat singgah di satu gerai ni. Aku tak sempat ambil gambar kedai ni, kalut dengan anak-anak. Tapi lokasi kedai ni kalau korang ikut BKE Expressway terus ke Grik, selepas simpang yang tunjuk arah ke Baling, depan sedikit daripada simpang ni korang akan nampak kedai-kedai ni di tepi jalan. Memang tepi jalan jer. Buka selepas 3.30 petang.
Macam-macam ada dan kena dengan selera.
Aku dan hubby berkongsi makan pasemboq utara. Kali ni kena dengan selera kami. Dzakwan berkongsi ABC dengan kakak-kakak.
Laksa utara. Memang dah lama teringin nak makan laksa. Nak buat tak berkesempatan, makan kat sini aje la. Sedap jugak. Dzakwan tumpang sekaki. Bersiut-siut bunyi menahan pedas...hehe..
Kuey teow goreng pilihan kakak.
Kalau korang berada berdekatan atau on the way ke pantai Timur melalui Grik, singgah la ke kedai ni. Korang mesti puashati.
8 Comments
bestnye jalan2 pergi makan kan...
ReplyDeletehari cuti jer boleh jalan-jalan ummul
Deletewowoowowow.....laksa!!!
ReplyDeletebest!!!
Deletesarang kelulut tu apa kak azi...? yang madu kak azi citer dulu eh...?
ReplyDeleteby the way, ini lah namanya jauh perjalanan, kenyang perut.. ehhh..ehhh... hehehehee... :)
Yer ain....sarang kelulut yang boleh ambil madu tu....
Deletehaha...kena selalu berjalan baru kenyang perut!!
Laksa tu nampak sedap..tapi ABC tu lagi sedap..huhu
ReplyDeletepergh ! nampak sedap tu
ReplyDelete