Gempa Bumi di Sabah

Assalamualaikum

Terkejut dengan berita yang diterima melalui rakan-rakan di laman sosial. Musibah menimpa lagi negara kita.  Gempa bumi di Ranau Sabah berlaku awal pagi tadi.  Tiada info kejadian yang melibatkan nyawa tapi melihatkan pada gambar-gambar yang dikongsikan, nampak teruk juga keadaan di sana.

Gempa bumi, sabah, borneo, rosak, retak, runtuh

Ada teman yang sedang bercuti bersama keluarga di Kota Kinabalu juga tadi maklumkan terasa gegaran yang agak kuat. Panik juga beliau dan keluarga sebab tidak pernah melalui keadaan sebegitu.  Aku doakan Pn Rohani dan keluarga selamat dan dipermudahkan urusan di sana. 

Gempa bumi, sabah, borneo, rosak, retak, runtuh


Gempa bumi, sabah, borneo, rosak, retak, runtuh

Melihatkan retakan jalanraya.....insaf rasa diri ini yang serba kekurangan.
Moga Allah ampunkan dosa-dosa umatNYA.


Gempa bumi, sabah, borneo, rosak, retak, runtuh

Gempa bumi, sabah, borneo, rosak, retak, runtuh

Bukan sahaja Sabah, tetapi banyak negara yang terasa gegaran gempa ini. Namun, Borneo menerima gegaran yang lebih kuat dengan 6.1 skala richer berbanding tempat-tempat lain.

Bertabah dan bersabarlah teman-teman di sana!!
Kami doakan kesejahteraan semua......





3 Comments

  1. Ya allah...semoga semuanya kembali seperti biasa...semoga allah lindungi semua dia Ranau dan Kota Belud

    ReplyDelete
  2. teruknya situasi di sana.... Semoga tiada kemalangan nyawa direkodkan..

    ReplyDelete