Jalan-jalan naik beca

Assalamualaikum 

Apa perancangan cuti sekolah ni ? Pasti anak-anak anda tertanya-tanya ke manakah hala perjalanan sekeluarga sempena cuti sekolah ni kan?

Apa kata anda ke Kota Melaka - bandaraya yang penuh dengan sejarahnya.  Kalau anda ke sana, jangan lupa mencuba pengalaman menaiki beca.  Anda boleh lihat pelbagai beca yang telah dihias cantik dengan bunga dan lampu-lampu di samping iringan lagu-lagu menarik.

Pilihan aku untuk naik beca ni adalah di sebelah malam. Selain cuaca agak sejuk, korang akan terhibur menyaksikan kerdipan lampu-lampu pelbagai warna.Ianya memberi satu pengalaman yang berbeza di samping menikmati pemandangan sekitar Melaka secara santai.  Selalunya perjalanan akan dimulakan di pinggiran bangunan merah atau Bangunan Stadthuys di Bandar Hilir. Boleh juga menyewa mengikut jam sekiranya korang nak meronda di sekitar bandar Melaka. 


pengalaman, santai, beca, kota melaka, bandar hilir

Anak-anak memang seronok bila diberi peluang menaiki beca ni. Hiasan beca yang cantik sebegini korang hanya boleh jumpa di Kota Melaka.

Jom Cuti-cuti Malaysia!!