Bahan semulajadi menghindarkan cicak dan lipas

Assalamualaikum

Sekian lama aku menghadapi masalah cicak dan lipas yang suka masuk ke bahagian kabinet dapur.  Macam-macam cara dah buat tapi tetap ada. Takkan lah asyik nak sembur bahan kimia ajer kan. Kalau boleh tak nak guna semburan-semburan ni. Nak yang semulajadi.

Cuti sekolah baru ni, aku kerah anak-anak tolong bersihkan bahagian dapur rumah termasuklah bahagian-bahagian kabinet ni. Bawak keluar, asingkan, bersih dalam kabinet susun semula, sama kaedah 5S yang selalu dok buat di pejabat. Dalam dok kemas tu pun terjumpa jugak si cicak ni baik punye rilek!!! Yang tu aku serahkan pada anak bujang untuk selesaikan ..hehhe

Kali ni kami cuba cara semulajadi pulak. Kami isikan air dalam bekas kecil dan masukkan beberapa pecahan kulit kayu manis dan sesudu bunga cengkih ke dalam bekas yang ada air.  Bagi tenggelam dalam air. Bekas ni kami letakkan di penjuru dalam kabinet dapur.


bahan semulajadi, kulit kayu manis, bunga cengkih, halau cicak, lipas

Contoh bekas yang digunakan. Yang pink tu bekas baru yang diletakkan dengan kulit kayu manis dan bunga cengkih. Manakala yang satu lagi tu, bekas selepas seminggu bahan-bahan tersebut direndam dalam air. Walaupun air bertukar warna tapi masih boleh digunakan..jangan risau.


bahan semulajadi, kulit kayu manis, bunga cengkih, halau cicak, lipas

bahan semulajadi, kulit kayu manis, bunga cengkih, halau cicak, lipas

Kabinet dapur di rumah L shape, jadi kami letak 2 bekas di 2 penjuru berlainan kawasan. 
Abaikan aset-aset yang ada disekitar bekas tersebut hehhe....

Hasilnya, bayang cicak mahupun lipas tidak kelihatan lagi.  Bahagian dalam kabinet juga berbau seperti 2 herba tersebut.

Akhirnya, bertemu juga dengan kaedah semulajadi yang mudah untuk disediakan.
Bahan rendaman itu tak perlu ditukar selalu, kalau rajin 2 minggu sekali boleh tukar. Kalau agak malas buatlah sebulan sekali.

Kalau menghadapi masalah yang sama dan masih belum bertemu kaedah yang sesuai...korang cubalah cara ni....





6 Comments

  1. Boleh guna kaedah ni. Bahan-bahan pun mudah dicari dan murah.

    ReplyDelete
  2. nak cuba lah nanti..terima kasih kongsi tips ni :-)

    ReplyDelete
  3. Wah...petua baru ni...boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  4. Wah menarik ni kak zie..blh cuba nnt.thanks sharing

    ReplyDelete
  5. oh macam tu ke caranya. okay, baru tau. nice!! maceh kak zi kongsi tips ^^

    ReplyDelete
  6. Salam Sis
    Air tu tak jadi tempat pembiakan nyamuk ke

    ReplyDelete