Pajeri Nenas 

Assalamualaikum

Menu mudah untuk disediakan. Bulan ramadhan, mood memasak kena up semula. Bulan puasa selalunya selera makan berbeza daripada biasa bila ke bazaar ramadhan. Sebaiknya masak sendiri sekurang-kurangnya lebih selamat dan dapat jimat.

Terpandang nenas yang dibeli beberapa hari lepas, terasa nak buat pajeri pulak.
Resepi ringkas hasil perkongsian en suami.

Bahan-bahan :

1 biji nenas baru masak sederhana besar (jangan terlalu masak)
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
daun kari
santan kelapa - aku guna santan kotak
rempah kari - 2 pack (ikut la banyak mana nenas yang nak dimasak)
Serbuk cili (kalau nak rasa pedas sedikit)
Udang kering
kerisek
Gula melaka
Gula pasir
garam
minyak masak

Caranya:

Sebelum menumis, bancuhkan serbuk kari dengan air. Kemudian masukkan nenas yang telah dipotong tadi ke dalam bancuhan rempah. Gaulkan. Masukkan 2 sudu besar gula pasir, serbuk cili(ikut suka), kerisek dan sedikit garam. Gaulkan.

Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, udang kering dan daun kari sampai naik bau.  Selepas itu, masukkan nenas yang telah bergaul dengan rempah tadi. Masukkan sedikit air. Biarkan. Sesekali kacau lah sehingga rempah masak. 

Masukkan gula melaka. 
Masukkan santan (ikut banyak nenas) dan rasakan masin, masam dan manisnya.
Biarkan kuah pekat sedikit.

Biasanya aku biarkan sehingga sejam supaya nenas betul-betul mesra dengan rempah dan masam nenas dan manis guna bersatu.

Dah siap boleh la hidangkan bersama nasi panas, telur dadar dan sayur goreng atau ulam-ulaman. Kalau tak mau telur dadar boleh juga dengan ikan temenung goreng.


pajeri nenas, nenas, rempah kari, juada berbuka puasa, ramadhan

6 Comments