Selamat Hari Guru

Tarikh 16 May adalah tarikh keramat untuk seorang yang bergelar guru. Hari untuk meraikan dan diraikan. Selalunya hari guru mesti meriah. Guru-guru berkoyan-koyan terima hadiah dari sekecil-kecil saiz sebatang pen.  Pelajar pulak berduyun-duyun beratur menyerahkan hadiah untuk guru-guru pilihan mereka. Mak ayah pulak?...Mak ayah dah tentu pening kepala mencari hadiah yang sesuai dengan budget yang ada. Apatah lagi bila anak ada 2,3 yang nakkan hadiah untuk diberi pada guru-guru mereka.



Apa istimewanya Hari Guru ni pada aku?
Aku berasal daripada keluarga seorang guru. Abah aku bekas guru yang boleh dikatakan dikenali jugak di bumi bersejarah. Dulu masa bersekolah, bila perkenalkan diri, mesti orang akan tanya semula...oooo kau ni anak cikgu..... yer?

Dari darjah 1-6 aku satu-satunya anak yang mengikut abah ke sekolah. Kalau abah berpindah sekolah, aku pun berpindah jugak. Hehehe...masa darjah 1, kelas abis awal, abah mengajar darjah 6, aku akan ke kelas darjah 6 tengok abah mengajar. Boleh tahan lawak jugak abah aku ketika mengajar. Subjek kegemaran Bahasa Melayu dan matematik.
Masa darjah 4, abah mengajar subjek matematik di kelas aku, aku selalu score...hehehe...bukan sebab soalan bocor tapi minat aku jugak ke arah subjek yang sama.

Sekolah menengah pun semua guru kenal aku sebagai anak cikgu ..... Hmmm....tambahan pulak sekolah kat kampung ajer dan abah merupakan pengerusi PIBG untuk sekolah tesebut sehingga aku tamat tingkatan 6.  

Pernah satu ketika aku cuba juga menjadi seorang guru. Tapi tak begitu menjadi. Aku cepat bosan dengan tugasan sama setiap hari.

Masa nak sambung belajar, mak tanya nak jadi cikgu tak?...aku geleng. Ntah kenapa tidak pernah sekalipun aku letak GURU sebagai cita-cita aku bila besar. Bila fikir sekarang mujur jugak aku tak bercita-cita menjadi guru.....banyak sungguh kerjanya....

Apapun aku respek korang-korang yang bergelar guru. Tanggungjawap korang mendidik anak bangsa memang tiada tandingannya. Moga korang semua menjalankan tanggungjawap dan amanah ini dengan sebaik-baiknya. 

Buat kawan sahabat teman saudara mara yang bergelar CIKGU,

SELAMAT HARI GURU ISTIMEWA UNTUK KORANG SEMUA

Untuk abah, walaupun dah bertahun bergelar guru pencen, aku tak pernah lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Guru juga untuk beliau. Title CIKGU tidak pernah tamat selepas pencen...sampai sekarang masih kekal dengan panggilan cikgu.

Lagu Kami Guru Malaysia 

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita 
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-lagu-guru-malaysia.html#ixzz3aBewfZgF



2 Comments

  1. Kalau ikut, ibu patut jadi guru pertama anak & rumah adalah sekolah pertama, tapi orang sekarang suka letak asal mendidik, mengajar cikgu lah tu. Apa2 tak kena ngan budak, salah cikgu. Makin bertambah beban & tanggungjawab cikgu.Semoga keikhlasan cikgu mendidik dibalas ganjaran setimpal.

    ReplyDelete
  2. selmata hari guru kpd semua guru.....

    ReplyDelete