Jom terjah www.akupenghibur.com - review acik

Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?

Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita  ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?


Acik, penghibur, blogger terbaik,Azirahman


Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari tinta Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Di sebalik kejayaan dalam dunia Blogging,berdiri kukuh sokongan daripada seorang ibu dan keluarga yang sentiasa berdoa tiada jemu, sokongan dari kawan-kawan realiti dan maya serta pembaca blog. 

Acik, penghibur, blogger terbaik,Azirahman


Pemilik yang mesra disapa Acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Beliau seorang yang `low profile'. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.

Acik, penghibur, blogger terbaik,Azirahman



Sepanjang mengenali dan melayari entry-entry Acik di blog, pelbagai  unsur nasihat dan info yang boleh pembaca perolehi yang akan membuatkan pembaca berfikir mencari maksud tersirat. Kata-katanya setajam pena yang menulis.....bersahaja tetapi maksud terisi.

Entry Acik yang aku hargai sekarang ini ialah Segmen Cash RM500. Kenapa? Kerana aku salah seorang sponser program tersebut. Tapi bukan nilai sumbangan yang aku tengok, tetapi aku amat menghargai bantuan dan peluang yang beliau berikan kepada blogger-blogger baru macam aku ni unutk menyumbang. Secara tak langsung, program ini amat membantu aku meningkatkan trafic blog dan pengikut baru. Syukran Acik!!!!

Pada korang yang belum sertai, jom terjah GA AkuPenghibur  yang telah dilanjutkan tempohnya sehingga 20 May 2015 ini.

Khas untuk Acik,

Good Luck in your future undertaking. 
Sabar dan tabah dalam apa juga cabaran mendatang
Moga ditemukan jodoh yang baik yang dapat menjadi pendamping terbaik untuk Acik dan keluarga terutama ibu tersayang.......

7 Comments

  1. Replies
    1. Semoga berjaya achik. Kak azi good review

      Delete
  2. Acik memang seorang yang baik hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sanggup berkongsi ilmu yang ada terbaik

      Delete
  3. Acik Penghibur Lara kami... Selamat maju jaya Acik

    ReplyDelete
  4. amin ya Allah..terima kasih kak May Allah blees you

    ReplyDelete