Kek Cheese Cream Cracker

Assalamualaikum

Cuti sekolah dah bermula. Kalau di Kedah ni, semalam lagi dah mula. Bila cuti sekolah, hujung minggu pasti dipenuhi dengan jemputan kenduri kahwin. Gantung kuali. Buat yang ringkas-ringkas hidangan keluarga. 

Ramai yang share resepi mudah buat cheesekut ni. Tapi aku nak panggil sebagai Kek Cheese Cream Cracker. Belek-belek dalam internet jugak. Terima kasih pada yang share, lepas cuba, baru boleh share kat blog sendiri pulak.



Resepi mudah Kek Cheese Cream Cracker.

Bahan-bahannya :

1 buku philadelphia creme cheese
1/4 tin susu pekat manis
1/2 biji perahan jus lemon

* kesemua bahan ni, diputar sehingga kembang

bisku cream cracker
susu segar/full cream/low fat milk

milo
nestum
oat chocolate (yg ni ikut suka, aku tak letak pun)

Cara-caranya :

Rendam seketika biskut cream crackers dalam susu segar tadi.  Susunkan biskut dalam bekas, sapukan adunan cream cheese, susu dan lemon tadi.  Sapuan nipis sahaja.  Taburkan milo, nestum dan oat chocolate. Ulang proses untuk 5 lapisan dan lapisanterakhir tebalkan sedikit lapisan cream cheesenya.  Simpan dalam peti ais selama 4-5 jam sebelum dipotong.

Mudahkan..tak perlu panaskan oven, tak sampai setengah jam boleh siap.


2 Comments

  1. wow.... sedapnya.... x pernah buat cheese cake... yup kt kdh dh mula cuti sis.... thanks kongsi resepi...

    ReplyDelete
  2. sedap yer???tak pernah rasa..

    ReplyDelete