Hindari semut secara semulajadi

Kat rumah sekarang selalu kena serangan semut. Pantang letak makanan atas meja, berderet-deret la dia datang buat laluan keretapi. Kenalah tiap-tiap kali lepas makan, kemas meja, lebihan lauk letak atas dapur atau alaskan dulu bekas berisi air sebelum letak atas meja.  

Budak-budak pulak makan tak kira tempat. Kadang-kadang bawa keropok ke ruang tamu...pun jadi tumpuan semut-semut ni. 

Aku google cara-cara mudah yang boleh digunakan untuk menghindari semut.  Terjumpa artikel ini berkaitan cara semulajadi yang boleh digunakan untuk menghindari semut di rumah.  Nampak menarik, aku share kat blog ni sebagai rujukan.

8 bahan semulajadi untuk menghindari semut:

Aku tertarik dengan cara ini sebab bahan-bahan yang dicadangkan tidak merbahaya untuk anak-anak kecil.

1. Cuka

Cuka senang didapati. Masukkan cuka ke dalam botol yang ada penutup spray dan semburkan ke serata dinding dan tiang rumah. Biarkan kering dan ulangi selepas 4-5 hari. Cara ini boleh mencegah semut memasuki rumah.

2. Air sabun basuh

Cara yang sama seperti cuka tadi. Campurkan air, masukkan dalam botol dan sembur di dinding dan tiang rumah. Ulangi selepas 4-5 hari.

3. Kapur tulis

Gariskan kapur di sekitar tempat semut berkumpul. Semut tidak pernah melintasi permukaan yang digaris kapur.
Yang ni tak berapa praktikal sebab nanti kawasan rumah penuh dengan garis-garis kapur pulak.

4. Bedak bayi

Taburkan bedak bayi di titik atau lubang tempat semu masuk ke rumah. Ini akan menutup lubang tersebut dan menghalang semut untuk masuk.

5. Perahan air limau nipis

Semburkan perahan limau nipis di atas jalan semut. Ia akan mematikan semut sambil menyegarkan bau rumah.

6. Serbuk kopi

Serbuk kopi yang telah diguna, jangan dibuang. Keringkan dan tabur keliling rumah atau taman dan pokok bunga. Semut pasti menjauhkan diri.

7. Tepung jagung

Taburkan tepung jagung di atas jalan semut. Semut akan makan tepung jagung tetapi tidak mampu mencernakannya dan akhirnya semut akan mati.

8. Garam

Garam tidak akan membunuh semut tetapi garam boleh mencegah dan menghentikan semut datang ke rumah melalui retakan, lubang dan sebagainya.  Pastikan tempat yang ditabur garam berada dalam keadaan kering.

kapur, semut, lemon, limau, garam, cuka

Gambar google--- terima kasih

Mudahkan !! Bahan-bahan pun mudah untuk diperolehi.


4 Comments

  1. Semut suka hurung bekas susu badan. Mcm cadar yg kena susu. Lampin baby. Huwaaa. Nk try letak cuka lah

    ReplyDelete
  2. kalau semut ni dalam tilam macam mana ye. huhu

    ReplyDelete
  3. Benda-benda ni semua dah ada kat rumah, tinggal tahu tak tahu aje nak guna untuk hindar semut. Thanks Kak Azi utnuk info. Sha nak try no. 2, 7 & no. 8

    ReplyDelete