Food review : Akar Lima Cafe, Kulim
Western Cafe Menarik
Kemaruk makanan western?..hehe..kami la tu. Sejak-sejak terlibat dengan line western ni memang rajin betul aku dan hubby mencuba pelbagai menu western. Di Kulim, ada beberapa restoran yang menghidangkan menu western tapi aku belum jumpa dengan yang kena dengan selera. Sehinggalah aku diperkenalkan dengan AKAR LIMA oleh rakan blogger Cahaya Hayati . Kami terjah cafe ni tanpa mengetahui waktu operasi, kira main belasah pi ja.
Pada yang tak biasa kawasan ni, sebaiknya pergilah waktu hari masih terang. Kalau malam memang berpotensi untuk sesat macam kami. Cafe ni terletak di dalam kawasan taman perumahan & kampung.
Bila sampai, first impression ------------- menarik!!!
Rumah banglo 2 tingkat yang diubahsuai menjadi tempat makan. Susunan meja-meja kayu dan hiasan lampu yang kena dengan tempat.
Pada yang tak biasa kawasan ni, sebaiknya pergilah waktu hari masih terang. Kalau malam memang berpotensi untuk sesat macam kami. Cafe ni terletak di dalam kawasan taman perumahan & kampung.
Bila sampai, first impression ------------- menarik!!!
Rumah banglo 2 tingkat yang diubahsuai menjadi tempat makan. Susunan meja-meja kayu dan hiasan lampu yang kena dengan tempat.
Menu cafe ini adalah sepenuhnya western. Tertarik lagi.....hehe
Pelbagai minuman boleh order tapi anak-anak macam biasa milo ais dan teh O ais. Jar kecil ini dijadikan gelas untuk isi minuman.
Hidangan speghetti...dah lupa pulak namanya.
Rosemary chicken
Grilled Lamb
Apa yang menarik dalam setiap hidangan yang disediakan ialah perletakkan ulam raja. Pertama kali aku jumpa, hidangan western takde salad tapi ada ulam. Menarik lagi!!
Ianya memberi kelainan rupa dan rasa pada hidangan.
Kentang lenyeknya pun agak banyak untuk satu hidangan. Bezanya kentang lenyek ini teksturnya tidak sehalus seperti restoran-restoran makanan segera atau kedai-kedai yang pernah aku kunjungi. Ada rasa biji-biji kasar kentang....hmmm....hubby bagi thumb up!!
Menu digantung didinding rumah menggunakan bingkai tingkap rumah lama...simple.
Harga secara keseluruhan, berpatutan . Tak banyak beza dengan kedai western yang lain tapi yang penting adalah quality dan rasa.
Aku difahamkan Akar Lima ini juga buka tempahan homestay dan majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan, harijadi dan lain-lain yang berkaitan.
Pada yang berminat untuk mencuba, luangkan la masa ke sini.
Alamat :
1116C, Lorong Laksamana
Jalan Tunku Bendahara
Kulim
(masuk simpang bersebelahan dengan Pejabat Pos Kulim, jalan terus sehingga nampak papan tanda Akar Lima di sebelah kiri. Jalan yang sama juga untuk ke pusat PLKN )
Waktu operasi :
11.00 pagi - 3 petang
6 petang - 10 mlm
012-4249850
(boleh juga buat tempahan sebelum datang)
6 Comments
unik kedai ni. western + ulam2. hihik
ReplyDeleteyup...western + ulam...unikkan?
Deletesedapnyaaa :D
ReplyDeleteNani kena cuba
Deletenanti.try p mkn la kat sini tq atas review tu
ReplyDeleteDkat umah saya...cuma kawasan terperosok skit
ReplyDelete