AABC : Membeli sambil membantu mereka yang perlu

SEPANG, 7 MEI 2015 – AirAsia telah menghasilkan t-shrit #AirAsiaMAKNA dengan rekaan terhad bagi mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA), dengan harga RM30 sehelai.  T-shirt tersedia dalam saiz dewasa dan kanak-kanak bagi kedua lelaki dan perempuan.

Direka dan dihasilkan oleh AirAsia Allstars (staff AirAsia) sendiri, t-shirt ini memaparkan rekaan uniform ikonik kapten dan pramugari AirAsia yang membawa logo MAKNA dan slogan ‘A Meaning To Life’ di bahagian belakang t-shirt tersebut; mengutus mesej positif sebagai sebahagian dari kempen CSR ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, “Kesemua hasil dari jualan t-shirt ini akan disalurkan terus kepada Majlis Kanser Nasional Malaysia. Kami berharap dapat membantu dan menyumbang terhadap membasmi kanser, begitu juga dalam memberikan kebajikan yang diperlukan bagi mereka yang kurang berkemampuan melalui kempen #AirAsiaMAKNA. Lebih dari seratus ribu pesakit kanser yang menerima bantuan dari MAKNA dan kami berharap dapat meningkatkan lagi jumlah tersebut menerusi jumlah yang terkumpul dari kempen ini.”

“Lebih penting lagi, kempen ini direka khas bagi memberi kesedaran dan memastikan masyarakat awam mengetahui dan memahami mengenai kanser. MAKNA juga akan hadir di kesemua lokasi jualan kami bagi memberikan informasi mengenai cara-cara menghindari kanser dan servis yang mereka tawarkan kepada pesakit kanser. Rekaan t-shirt ini adalah sangat ranggi dan kami fikir adalah cara positif memberi perhatian kepada isu ini, dan juga menjadi ‘papan iklan bergerak’ bagi kesedaran kanser,” tambah Aireen.

Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA berkata “Kanser adalah ancaman global telah membuat MAKNA terus bekerja bagi memastikan kes-kes kanser yang baru kekal pada tahap yang rendah. Usaha ini memerlukan kesedaran dan sokongan berterusan dari semua. Program mencegah adalah penting bagi mengekalkan jumlah mereka yang terselamat adalah tinggi menerusi pengesanan awal. Unit mudah alih Mamogram MAKNA  juga bertujuan mengesan tanda awal kanser payu dara yang merupakan pembunuh no.1 wanita. Kerjasama dengan AirAsia Berhad adalah peluang bagi kami menyuarakan seruan nasional dan menekankan kepentingan kehidupan yang sihat. Kami berharap kempen ini memainkan peranan yang lebih penting dan menghantar mesej yang penuh makna kepada masyarakat awam serta memberi rasa murni  memakai t-shirt terhad dengan rekaan istimewa ini dan berharap dapat memeriksa kesihatan diri mereka dengan lebih kerap.”

T-shirt #AirAsiaMAKNA tersedia untuk dibeli di beberapa lokasi di bawah:

Lokasi
Tarikh & Masa
Beach Market Bazaar
Taman Gelora
Kuantan, Pahang
8, 9, 10 Mei 2015
10am – 10pm
Graduan Aspire 2015 KL Convention Centre, Kuala Lumpur
9 & 10 Mei 2015
12pm - 6pm
Taylor's University Lakeside Campus 
Subang Jaya, Selangor
13 Mei 2015
10am - 4pm
AirAsia Travel Fair 2015 @ Penang
Gurney Paragon Shopping Mall,
Persiaran Gurney, Penang
16 - 17 Mei 2015
10am - 10pm
AirAsia Travel Fair 2015 @ Petaling Jaya
29 - 31 Mei 2015
10am - 10pm

Jualan t-shirt bagi kempen ini direka sebagai acara di mana AirAsia dan MAKNA dapat hadir bersama bagi memberi kesedaran terhadap kanser menerusi informasi yang diberikan di kesemua lokasi acara tersebut.
AirAsia juga menganjurkan peraduan foto bersempena dengan kempen ini. Semua yang membeli t-shirt eksklusif ini berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan ke destinasi-destinasi terpilih AirAsia & AirAsia X, hanya perlu muat naik foto kreatif mereka memakai t-shirt ini di Twitter atau Instagram dan hashtag #AirAsiaMAKNA. Pemenang akan di umumkan oleh AirAsia pada penghujung durasi kempen ini pada hujung bulan Jun.
Masyarakat awam juga boleh melawat http://www.airasia.com/airasiamakna untuk maklumat lanjut.
Selain dari kempen tanggungjawab sosial #AirAsiaMAKNA ini, AirAsia Berhad juga bersama Yayasan AirAsia telah mengumpul RM 902,447 dalam menyokong usaha MERCY Malaysia menerusi kempen ‘Ëast Coast Relief Fund’ awal tahun ini. Dana terkumpul telah membantu mangsa banjir monsun yang melanda negara pada lewat tahun 2014 dan awal tahun 2015; dan menyumbang dalam pembelian peralatan perubatan seperti katil hospital, ubat dan bekalan boleh pakai buang, pemerikasaan perubatan dan peralatan mengimbas bagi 14 klinik terpencil di Kelantan dan Pahang bagi tahap permulaan. Penerbangan percuma bagi lebih dari 200 staff medik juga turut diberikan, bersama dengan lebih dari 28 tan ruang kargo bagi membantu pelbagai NGO dan agensi bantuan kemanusian semasa banjir melanda.
MAKNA ingin mngerakkan asset mereka dalam memberi usaha kuratif, mencegah,  penyelidikan,  dan sokongan kepada pesakit kanser dan keluarga mereka, golongan berisiko tinggi dan masyarakat awam di Malaysia dan rantau ini. Objecktif mereka adalah bagi melawan kanser dan mengurangkan sakit yang berkaitan, morbiditi, dan kesukaran yang dihadapi pesakit kanser.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti terkini AirAsia ikuti mereka di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).


AirAsia, AABC, T-shirt, menyumbang, MAKNA, dana

2 Comments