Kerabu Epal Pegaga

Kebelakangan ini, kami suka explore pelbagai jenis resepi kerabu. Menggunakan bahan-bahan yang mudah dapat.  Makan semangkuk pun dah kenyang.


kerabu,epal,pegaga,ulam,lemon, sedap

Resepi mudah :

Sebiji epal- hiris
Sebiji tomato - hiris
setengah biji bawang besar - hiris
segenggam daun pegaga - ramas-ramaskan
1 sudu kecil cuka epal
1 sudu kecil madu
sedikit garam & gula
1 sudu besar perahan limau nipis/lemon

Campurkan semua bahan di dalam mangkuk yang sesuai dan gaulkan.

##untuk elakkan hirisan epal menjadi hitam @ berubah warna, campurkan cepat-cepat air perahan limau nipis/lemon ke atas hirisan epal. 


Cuba lah...mudah je kan?.....

Sesiapa yang on diet, makan semangkuk memang kenyang. Tapi aku bukan on diet yer....cuma menambah perisa dalam makanan.

15 Comments