Mee Udang Pulau Sayak.  Tau tak kat mana letaknya Pulau Sayak? Pulau Sayak letaknya di Kota Kuala Muda, Kedah.  Tak jauh sangat dengan Pantai Merdeka.  Kalau ke sini, biasanya nak cari mee udang.  Ada beberapa lokasi kedai yang menjual mee udang sedap. 

Hujung minggu lepas ada jemputan kenduri di Penaga. Taklah jauh sangat dengan Pulau Sayak ni. Kami pun lajak lah ke sini cari mee udang.  Baru lepas makan nasi kenduri tapi still teringin nak makan mee udang..nafsu makan sungguh !
.

Singgah Pulau Sayak Makan Mee Udang


Ada dua kedai yang biasa kami singgah. Selain daripada menikmati makanannya, suasana dan pemandangan berdekatan laut memang mendamaikan dan menenangkan. Suka dengar hempasan ombak di pantai

Azilah Mee Udang, Simpang Tiga Tepi Laut Anjung Pulau Sayak

Haa..nama sama pulak dengan tuan blog, tu yang semangat nak cerita. Ambil aura orang  berniaga.  Kedai ni tak nampak dari tepi jalan, hanya kelihatan signboard sahaja. Korang kena turun cerun bukit sedikit, jangan risau kereta boleh masuk sampai depan kedai.

santai hilangkan stress, menu ringan, rehatrehat dengan keluarga, santai petang
Signboard ni sebelah kiri jalan, dari jauh dah nampak. Kalau malam, jalan cerun ke kedai ada di pasang lampu untuk tunjuk laluan. Kat sini juga ada chalet. Tapi akak tak pernah tanya tentang chalet ni, biasanya tuan kedau bagi pelanggan guna chalet ni untuk bersolat.

Antara menu menarik di sini ialah mee udang. Udang segar saiz agak besar memang puas makan.  Sambil makan bolehlah tengok pemandangan cantik depan mata.  Kalau cuaca terang memang boleh nampak Pulau Pinang dari kejauhan.  

santai hilangkan stress, menu ringan, rehatrehat dengan keluarga, santai petang
Sebelum makan kita layan pemandangan dulu.Datang awal dapatlah duduk berdekatan dengan laut. Kat sini tak boleh nak turun ke pantai sebab dekat sangat dengan laut tak ada kawasan untuk korang jalan-jalan.

santai hilangkan stress, menu ringan, rehatrehat dengan keluarga, santai petang
Gambar ni suasana menjelang senja di sini.  Ambil masa kami singgah sini selepas PKP dahulu. Tak banyak berubah.


santai hilangkan stress, menu ringan, rehatrehat dengan keluarga, santai petang
Ini mee udangnya. Kuah banyak sangat pula sampai tak nampak meenya.

santai hilangkan stress, menu ringan, rehatrehat dengan keluarga, santai petang
Akak lagi suka yang ni. Oleh kerana baru lepas balik kenduri, kami makan kongsi-kongsi saja. 


Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak


Usop Mee Udang ini satu lagi antara beberapa kedai mee udang yang agak popular di sini.  Apa sahaja menu yang berkait dengan udang, ada di sini.  Di sini istimewanya boleh bermain tepi pantai lepas makan atau sambil menunggu makanan sampai.


santai hilangkan stress, menu ringan, rehatrehat dengan keluarga, santai petang
Signboard masuk ke kawasan kedai makan.  Kalau hari cuti kadang-kadang parking penuh sampai keluar simpang. Biasanya makin ramai yang datang menjelang petang.


santai hilangkan stress, menu ringan, rehatrehat dengan keluarga, santai petang

Tu diaaa....mee udang dia. Rasa?..korang kena datang sendiri.

santai hilangkan stress, menu ringan, rehatrehat dengan keluarga, santai petang



santai hilangkan stress, menu ringan, rehatrehat dengan keluarga, santai petang

Cantik yer suasana kat sini. Anak-anak pun boleh berlari-lari tepi pantai sambil bermain pasir. Hilang rasa stress tengok laut seluas mata memandang.



2 Comments

  1. area2 situ memang ada sedia kedai2 jual mee udang..

    ReplyDelete