Next - cerita pasal bilik penginapan.
Aku stay kat bilik deluxe ajer...memang kelayakan membership aku bilik ni jer.....
Bilik dia agak luas jugak tp korang kena la standby toto ke kalau nak dok satu bilik ngan anak2. Kami berenam aku, hubby & 4 kids....ambil katil king..tak ambik extra bed tp kami bawa toto...hehe...tak pasal2 kan masuk hotel bawa toto....asalkan bilik korang tak huru harakan ok la....kalau kena kat hotel yg strict susah jugak la......tp since ni member kot so depa tak banyak hal sangat la......kamipun bukannya bentang toto tu sepanjang masa just masa nak tidor ajer.....

Kali ni aku dpt bilik yg jauh sikit tak mengadap laut betul2 la tp dpd balkoni belakang kami still boleh nampak laut ......

Harga bilik korang bolej survey kat website Damai Laut 


Ni antara bangunan bilik2. Bilik yg kami dpt bertentangan dengan bilik2 ni


dalam bilik macam biasa la...ada tv, ada meja tulis, air mineral free, gelas, mini refrigerator,iron,iron board....

Kerusi ni aku rasa baru ditukar sbb nampak  baru...yg lama color koko....tempat lepak dzakwan nih...


No dpd balkoni bilik kami...nampak laut.....kat sini ada macam2 aktiviti pantai.....ada yg dicaj dan ada yg free. kalau nak main volley ball ke just pergi kat port depa letak barangan sukan...minta bola.

actually ada juga Recreational centre kat sini di mana korang boleh gunakan peralatan sukan yg simple2 macam snooker, pingpong..ada jugak papan congkak....game utk anak2 kecil  so kalau korang rajin survey dlm area ni ada macam2 benda yg korang boleh buat utk mengisi masa sepanjang berada kat sini.

Next entry: makanan

0 Comments