Jom kita kongsi sama2 .....


LIMA perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat  amalan seperti berikut:
  
1.       Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2.      Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, insyaAllah jauh daripada penyakit (susah nak kena sakit).
3.      Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).  Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam  sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4.      Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan  ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang Yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.
5.      Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah  menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

7 kalimat yg harus dibiasakan:

1.      Bismillahirrahmannirrahim Setiap hendak melakukan sesuatu.
2.      Alhamdulilah Setiap habis melakukan sesuatu.
3.      Astagafirullah Jika melakukan sesuatu yang buruk.
4.      InsyaAllah Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang. 
5.      Laa hawla walaaquwwata illaah billaah Apabila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
6.      Innalillahi wainna ilaihi rojiun Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.
7.      Lailaha illallah Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Rasulullah bersabda; “Barang siapa orang menyampaikan 1 ilmu saja dan ada orang yang  mengamalkannya, maka walaupun orang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala”
Amiiin ya rabbal alamin. Semoga bermanfaat. Amin....

0 Comments