Hari ni semua pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia akan memulakan peperiksaan UPSR selama 3 hari sehingga khamis ni.. Sebagai parents of course la sedikit sebanyak risau tu memang ada.
Abang Irfan salah seorang calon tahun ni......moga berjaya anakku!
Aku bercuti since semalam lagi...support terakhir sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.  Memang dah reserve awal2 tahun lagi cuti ni .....
Cuti ni ingatkan boleh la selesaikan sehelai dua baju customer tp lain pulak jadinya....ye la kan kita hanya merancang Allah jua penentu semuanya.
Semalam dzakwan start panas2 badan dan menjelang malam makin menjadi panasnya.....jenuh la berjaga sambil dukung dia berjalan dlm rumah ni sbb dia tak mau duduk sampai tertidor2 di bahu. Hari ni pulak Amira demam......dugaan sungguh....macam krang tau2 je mak korang ni cuti yer...tak per la...bagus jugak aku cuti dpt la aku jaga budak2 ni....

Ni pun sbb dok check email opis je la dpt online kejap sementara budak2 tu tidor lepas makan ubat.....dah macam mini klinik dah pulak sbb ayahnya pun tak berapa sihat...hehe

Utk kak long ku ...tahniah terima 2 org cucu selang sehari....dua2 boy.....meriah la rumah kau bila raya lepas ni.....hehe

lain2 entry akan ku cuba upkan bila berkesempatan...byk juga cerita yg ada cuma rajin ngan tak jer hehhe

1 Comments