Semalam kami dengar ceramah berkaitan dengan pemakanan sihat, penjagaan jantung dan mengawal berat badan tanpa siksa dpd Dr Helmi PMCare. Ceramah yg menarik dan penyampaian juga menarik.
Jom aku share dengan korang serba sedikit info yg dpt.

Panduan Ringkas Diet Sihat :
1. Sentiasa teliti terhadap pengambilan kalori harian.
2. Kurangkan pengambilan makanan yg diakui tinggi kandungan lemak.
3. Usah abaikan makanan berasaskan bijirin, minyak ikan, buah segar dan sayur-sayuran.
4. Kalau mampu, jauhi terus makanan yg bergaram dan bergula.  Jika teringin mengambil makanan yg
    bergaram dan bergula carilah pengganti yg tidak memudaratkan kesihatan.

10 jenis makanan yg diakui berkesan melewatkan proses anti penuaan. Amalkan selalu agar ia ada dlm diet harian anda.

Soya:
Khasiat yg terkandung di dlm soya dipercayai mampu mengekalkan paras estrogen bg wanita.  Ini lebih bermakna jika wanita tersebut sedang menghadapi proses pra menopaus.  Selain itu, soya juga bagus untuk mengawal gejala penyakit alzeimer, osteoporosis dan penyakit jantung.

Pasta penuh gandum & nasi :
Kalau org selalu dimomokkan bahawa makan nasi tidak bagus kerana menggemukkan, selepas membaca ini anda mungkin sukar lagi mengatakan tidak pada nasi.  Karbohidrat kompleks termasuklah pasta dan nasi membekalkan tenaga yg konsisten sepanjang hari.

Halia:
Tumbuhan rizom ini mampu merangsang sistem pengaliran dan pencernaan tubuh.  Tindakan ini sangat berkesan bagi mereka yg sudah berusia.  Bahkan halia juga mampu memulihakn sakit-sakit sendi.  Minumlah secawan halia panas sekurang-kurangnya sekali sehari kerana ia diakui berkesan melancarkan sistem usus yg tidak sempurna, membuang angin dan mencuci usus.

Tembikai :
Tembikai sangat berkhasiat dari segi isi mahupun bijinya.  Khasiat ini lebih hebat jika biji dan isinya dikisar sebagai jus.  Buahnya mengandungi vitamin A, B dan C. Manakala bijinya mengandungi selenium, asid lemak, zink dan vitamin E.  Kesemua khasiat ini membantu melawan radikal bebas dan juga penuaan.

Air :
Air adalah salah satu unsur terbaik untuk melewatkan penuaan.  Air membantu menyingkirkan toksin dan sisa buangan yg tidak diingini dari tubuh.

Avokado:
Avoka adalah sumber lemak mono tidak tepu yg sangat baik.  Ia membantu mengurangkan paras kolestrol tidak baik di dlm tubuh, bahkan avokado juga adalah sumber vitamin E yg membantu mengekalkan kecantikan kulit dan juga menghalang penuaan kulit.

Bawang putih :
Makanlah sedikit bawang putih dlm sehari.  Tidak kiralah samada dimasak ataupun mentah kerana ia membantu melindungi tubuh akibat kanser dan penyakit jantung. Perlindungan kardio yg ada pada bawang putih sudah disahkan menerusi kajian.

Kekacang :
Kebanyakan jenis kacang adalah sumber terbaik bagi meniral.  Sebagai contoh, kacang walnut walaupun tinggi kandungan kolestrol sebenarnya turut mengandungi kandungan potassium, magnesium, zat besi, zink dan selenium.

Sayuran dari tanah :
Sayur-sayuran ini juga digelar crusiferous vegetables termasuklan kobis, brokoli, kobis kecil, pegaga dan sebagainya.  Sayuran jenis ini membantu tubuh menyingkirkan toksin dan kanser.  Sebaiknya, makanlah sekurang-kurangnya 115gm/40auns sayur-sayuran ini sebagai menu harian. Kalau anda berselera, makanlah sayur-sayuran ini secara mentah atau dimasak sekejap agar enzimnya sentiasa terkawal.

Buah-buahan beri :
KEsemua buah jenis beri termasuklah beri biru, beri hitam, anggur dan anggur hijau mengandungi sejenis phytochemicals yg dikenali sebagai antioksidan flavonoids. Khasiat ini berkesan membantu mengelakkan gejala kerosakan tubuh akibat kesan radikal bebas dan melewatkan penuaan.

Sumber : PMCare Capsule (April -June 2012)

Ada lagi  ilmu menarik ...nanti bila sempat aku share lagi......

1 Comments