Hari ni nak share info sikit.
Alhamdulillah sampai hari ni aku masih lagi fully bf dzakwan. Kuantiti pengeluaran susu pun masih menten lagi walaupun kadang2 drop jugak sikit....
Sebagai langkah persediaan menjelang Ramadhan....aku mula mengambil supplement tambahan.
Aku try  set ni :


 a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.
Iron penting ye untuk otak kita. Saya akan explain dalam entry yang lain.
b) B Complex

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.

Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd baby..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.
(PERINGATAN: ALFALFA TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE @ LUPUS)
Sumber gambar dan penerangan ambik kat sini :shaklee

Hasil selepas lebih seminggu pengambilan : susu bertambah pekat walaupun kuantiti lebih kurang ajer.

Selain tu, aku jugak mengalami masalah keguguran rambut kronik selepas melahirkan dzakwan. Macam2 syampu pengawal keguguran yg aku dah ambik....still no go. So lepas tanya2 aku ambik jugak zinc supplement dpd shaklee - alhamdulillah nampak berkurangan rambut aku gugur....serasi la kot....so for the time being aku cadang nak teruskan ambik supplement ni dulu. Suka aku bila sikat rambut, total yg gugur sangat2 berkurang kalau tak adooiii la susah hati tengok rambut yg melekat kat sikat tu...sampai satu tahap aku malas nak sikat rambut...huhuuhu...

So pada yg masih tercari2 supplement utk bf dan masalah keguguran rambut...boleh la cuba kot2 serasi dgn korang......tak cuba tak tau.....

* ni bukan promo yer....cuma pandangan pengguna....:)

1 Comments

  1. hmmmm... untuk kurangkan uban ada tak?? he he he .. chik na banyak uban la lately

    ReplyDelete