Hahaha..tajuk edisi memuji diri sendiri....



Menu malam tadi (yg juga dibawa ke sesi tengahari ini oleh anak2....hehe)
Asam pedas tulang lembu....best.....sehingga menjilat jari!!!
Lately bila hubby beli tulang lembu terus suruh masak asam pedas melaka...dulu suka dgn sup tulang sekarang sudah tukar la...
Kalau di Melaka glamer dengan asam pedas daging tetel.....
Sebelum2 ni memang aku tak pernah masak asam pedas tulang/daging ni sbb ramuannya tak sama macam asam pedas ikan tp cara masaknya lebih kurang jer...
Masa memula kawin memang hubby tak boleh go dengan asam pedas ni sama dgn aku tak boleh go dengan gulai mamak...al maklum pertembungan citarasa utara selatan...
Tapi tak lama...kami cuba merasa....lastly dua2 org ok boleh terima....anak2 tadak masalah semua makan!!

resepi mudah Asam Pedas Tulang

1kg tulang (guna daging pun boleh tp aku prefer campurkan sedikit daging pejal ...)
9 sudu besar cili mesin (ikut la korang nak boh lebih pun boleh....)
3/4 sudu teh serbuk kunyit
halba campur sedikit
1 mgkuk kecil air asam jawa (yg ni boleh adjust rasa masamnya ikut citarasa korang)
Air rebusan tulang (agak2 sukatannya)
3 batang serai - diketuk
2-3cm halia (hiris & tumis)
1 batang bunga kantan
3 ulas bawang merah (hiris & tumis)
3 ulas bawang putih (hiris & tumis)
3 sudu bawang mesin (campuran merah & putih)
1 sd besar kerisek
minyak utk menumis
daun limau purut
sedikit gula
garam

Caranya:
Memula korang rebus tulang/daging tu utk sejam @ 3/4 lembut. Jangan lupa masukkan 1-2cm halia semasa merebus tulang.
Panaskan minyak dan tumis bawang hiris dulu & halba campur sehingga naik bau. Pastu masukkan bawang mesin pulak (bawang byk kuah dia jadi lagi best - tu pada pendapat aku la...)
Bila agak2 dah perang sikit masukkan cili mesin dan serbuk kunyit. Kacau bagi cili tu garing sikit..kalau agak2 pekat masukkan sikit jer air....kacau2 la sampai nampak cili tu garing dan pecah minyak sikit.
Masukkan kerisek - aku suka masukkan kerisek ni masa tengah tumis cili tu...pastu masukkan jugak serai.  Bila agak2 cili tu dah garing masukkan air asam jawa..kacau, biarkan kejap. Pastu masukkan tulang/daging tadi kacau lagi. Biarkan cili dan tulang/daging mesra kejap....pastu sendukkan la air rebusan tulang/daging tadi..agak2 la budget kuah dan kepekatan yg korang nak....boleh jugak tambah dengan air sikit. Masukkan bunga kantan, daun limau, garam, gula...pastu korang adjust la rasa, kepekatan dan kelembutan masakan korang tu...
Lebih kurang ni la caranya....aku letak kat sini mana la tau kot anak2 sedara aku nak mencuba kot2 segan nak tanya...hehhehe

7 Comments

  1. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, nieza fail la asam pedas.

    ReplyDelete
  2. cuba la nieza...akak dulu fail jugak ..byk kali cuba baru menjadikkk

    ReplyDelete
  3. Uiii.. nampak sedap betul la. Terliur nih..Nampaknya weekend ni mesti cuba.
    Salam kenal dari saya.

    ReplyDelete
  4. if somi sy dpt lauk cmni mmg menambah2 dia mkn ehehhe

    ReplyDelete
  5. Rozita - salam kenal jugak....try la mesti best!!

    ReplyDelete
  6. rose - betui tu..bertambah2 hehe

    ReplyDelete
  7. mkcik k.ani org melaka....dia slalu masak ni kalau kenduri. Sedap!

    ReplyDelete