Nak cerita sikit pasal milk boosters.  Semalam aku sempat terjah blog kawan2 yg 100% menyusukan anak sehingga 2 tahun.  Macam2 kisah ada terutama bila tiba masa susu merudum dan pelbagai cara/makanan diambil utk membantu meningkatkan kembali pengeluaran susu. 
Hujung bulan ni genap 4 bulan Dzakwan fully dengan susu ibu..alhamdulillah.  Buat masa ni pengeluaran susu masih di tahap yg baik. Aku still lagi boleh simpan stok 15-20oz tiap2 hari tak termasuk dengan yg pengambilan dzakwan.  Syukur alhamdulillah...harap2 berterusan utk setahun dua ni....Buat masa ni jugak aku tak seriously ambik sebarang milk boosters cuma aku jaga pemakanan (walaupun kadang2 tu tergelincir jugak specially bila time cuti weekend). Tiap2 pagi dan malam - susu menjadi kemestian. Sehari dua ni aku tambah pula sarapan dengan roti bakar berisikan cheese & jem...(rasa cam makan blueberry tart...tak caya cuba buat...2 kpg roti, letakkan sekeping cheese dan sapu sebelah roti dengan jem blueberry..bakar roti dgn pembakar jenis kepit punyer tu...)...nampak susu jadi lebih pekat....dzakwan minumpun cepat kenyang....lena tidor malam sampai sesi menyusu berikutnya...hehe
Selain tu aku sulam2 jugak dengan makan sayur2an macam sawi, daun asin2.....memang meningkatkan pengeluaran.  Aku tak ambil sebarang multi vit tambahan.....belum lagi kot ......harap2 tak perlu sbb aku lebih suka mengambil yg fresh2. 
Apapun milk booster setiap individu adalah berbeza mengikut penerimaan badan masing2....so pada ibu2 yg menyusukan anak atau yg bakal menyusukan anak...jangan gundah gulana kalau tetiba pengeluaran susu anda merudum......yg penting jgn stress..ingat dlm diri nak bagi si kecil susu sendiri setiap hari....insyaAllah.

0 Comments