Dah masuk hari yg ke 15 Syawal dah baru nak boh citer raya...hehe..takpe la kan lambat sikit...almaklum la kekadang mood nak update blog memang ke laut.
Raya tahun ni meriah la jugak walaupun chik la & keluarga banyak menghabiskan masa di rumah ajer. 2 hari sebelum raya, kami dah gerak ke Bagan Serai ..rumah mertua chik la sbb hari tu MIL nak buat kenduri arwah. Memang tiap2 tahun sebelum menjelang syawal dah jadi kemestian utk buat kenduri ni.....alhamdulillah kali ni adik beradik hubby boleh dikatakan semua ada kecuali kakak sefamily tak sempat balik.  Walaupun hari tu hujan, tp jemputan yg datang ramai jugak....kira penuh la rumah atas bawah....alhamdulillah walaupun mula kami semua agak risau dah sbb sejam sebelum waktu berbuka memang hujan agak lebat. Masing2 dah mula merangka plan A, plan B......hehe. Gambar memang takde ..dah ramai2 gitu segan pulak la nak tembak gambar macam pemberita.....
Adik beradik hubby ada 6 org ..semua dah kawin so dah jadi 12 org..tambah dengan anak2 semua 18 org plus MIL ngan adiknya, maid chik la lagi..huhuuhu...memang ramai sungguh kat rumah masa tu....anak2 dengan aktiviti masing2, bapak2 dengan aktiviti memasing dan kami yg femfuan2 ni of course la dengan aktiviti kami jugak...sembang bersambung2 almaklum sesekali dpt berkumpul macam tu.
Masing2 dok pandai2 la cari kerja yg perlu dibuat....chik la tolong mana yg larat je la...sat tolong kopek bawang...sat tolong bersih sayur...sat tolong MIL masak pulut....pastu bila tak larat dah ..dok jadi pemerhati bebas la....yg penting semua rendang, gulai, pulut dan juadah berbuka siap....malamnya kami dok sibuk layan sembang lagi dan tengok tv...budak2 dok layan bunga api dan mercun berlawan2 dengan jiran2 sebelah menyebelah.  Memang happening kalau beraya di kg nih...gambar pun nan ado....hehe tak teringat nak snap.
Hari raya pertama...siap2kan anak2 semua berbaju raya...dan kami yg mana tidak ke masjid dok la tunggu hat yg lain balik utk beraya bersama2.  Pastu mula la plan2 nak berjalan2 beramai2.  Chik la tak ikut sangat sbb memang tak larat....petang tu just pergi rumah kawan dan pak sedara hubby jer...yg lain2 tu memang panjang langkah mereka....yg seronok anak2 la.....malam tu ipar duai semua bergerak balik ke kg isteri/suami masing2 tinggal la kami sekeluarga kat rumah MIL....aman damai la sikit malam tu....hehehe..
Raya ke2, hubby dah plan nak buat nasi tomato dan masak daging utk jamu sapa2 yg datang rumah. Kak ipar pulak masak lontong dan ayam rose...so meriah lagi la sesi makan2 kami. Tetamu hari tu adik beradik MIL.
Raya 3 - kami pun kemas2 gerak balik ke rumah sendiri pulak.....petangnya bawak anak2 berjalan2 sambil cari makan...dah jemu pulak makan berempah2 bagai.....ronda punya ronda last2 sangkut kat kedai buku favorite anak2....layan kan jer la......dah penat balik tido sbb esoknya mak dia nak kena pi check up dan aktiviti selanjutnya dengan anak2 (nanti cerita).....
Panjang pulak entry ni.....so jom layan gambar2 yg telah ditapis utk diletakkan kat sini....

Ni la keluarga besar hubby...tuan punyer blog udah semakin besar saiznya..hehe.

3 beradik ni tengah beratur nak duit rayerrr...

abg irfan bawak diri kat dapur carik makan...ntah berapa round dia pekena pulut rendang tak tahu la..hehe

Sebahagian dpr anak2 sedara....ramai yg pompuan ....umur lebih kurang ajer mereka2 ini....bila berjumpa masing2 dgn cerita masing2....seronok tengok..hehe

Walaupun tak berjalan sangat ...tp seronok jugak raya kali nih.....sekarang ni tumpuan kami nak tunggu ahli baru keluarga kami pulak....sekrg dah nak masuk wk38.....tak lama dah......doakan kesejahteraan kami.

2 Comments

  1. sukanya tengok rumah lama tu.. akak mmg suka sangat..

    ReplyDelete
  2. thanks kak yan...rumah tanpa paku..tp sayang beberapa tahun lepas ukiran yg kat bahagian atas tu kena curi....sedih sungguh sbb semua tu hasil kerjatangan arwah pak mentua.....

    ReplyDelete