Pagi tadi on the way ke ofis, layan hotfm yg sedang menyiarkan lagu2 arwah sudirman hj arshad. Chik la bukan la peminat fanatic pada arwah cuma chik la suka dengar lagu2 arwah. Lagu2nya banyak meninggalkan kesan...senikatanya bukan macam senikata lagu2 sekarang.....berbeza.
Antara lagu yg chik la suka `Nilai CintaMu'.  Manusia memang tak boleh hidup tanpa cinta...bukan sahaja cinta sesama manusia tetapi juga kita perlukan cinta Pencipta......itulah cinta yg kekal .......

Chik la sempat carik senikata lagu ni tadi.....jom sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah utk arwah........

Pernah dulu kufikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi kurasakan
Sunyinya dihati
Baru kini kutahu
Nilai cintamu

Kurenungi gambarmu
Kubaca surat surat mu
Namun pedihnya kuterasa
Tanpa kau bersama
Kuharap dikau pun
Begitu jua
Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku
Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati

Andainya kau kembali
Kan ku curahkan rasa hati
Akan aku buktikan
Cintaku yang suci
Berikan ku harapan
Untuk bersamamu semula
Akan aku buktikan
Nilai cintaku...

1 Comments