Dam dam dum bunyi mercun
kanak-kanak datang berduyun duyun
dam dam dum mercun berbunyi
meriah la hari raya ini tahun.....

Lama tak menjengah blog ni...dah dekat penghujung ramadhan dah...beberapa hari lagi syawal pulak menjenguk diri utk kita raikan bersama2 keluarga dan kawan2 semua.  Tahun ni seperti tahun2 yg lepas, chik la akan menyambut 1 syawal di kg hubby di Bagan Serai..lepas tu baru la kami berangkat pulak ke Melaka bertemu kaum keluarga chik la pulak.  Itu la rutin kami setiap tahun...anak2 pun dah tak sabar nak berjalan jauh. Chik la tak packing apa pun lagi sbbnya ada lagi baju yg chik la nak kena siapkan...last req...tak sampai hati nak tolak ...tak pe la simple jer..insyaAllah boleh siap.
Bagaimana persiapan raya teman2 blogger ? chik la simple2 jer...untuk anak2 dah siap beli sebelum raya lagi....kuih muih dah siap tunjuk dan dah selamat diterjah oleh anak2 selepas berbuka pose...ok la beli pun sebenarnya utk anak2....bila la agaknya ibu mereka ni nak rajinkan diri buat kuih muih sendiri?..hehehe...
Sebelum chikla log out....chik la ucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Syawal...moga bertambah seri dan meriah dpt berjumpa sanak saudara dan teman2 lama dan baru....pada yg akan berjalan jauh..hati2 di jalan raya..ingat selalu orang yg disayangi .......ampun dan maaf dipohon sekiranya sepanjang penglibatan chik la dlm dunia blogger ni ada yg tersilap tulis komen ke...tersilap tulis kat blog ke....ok...jumpa lagi nanti yer.....daaa


3 Comments

  1. salam aidilfitri jugak utk hajar

    ReplyDelete
  2. Slmt Hr Raya......maaf zahir batin. Smoga bergembira raya ni dgn keluarga..... :)

    ReplyDelete